Barcelona tetap yakin dapat Cesc Fabregas

Tuesday, July 26, 2011
Pengurusan Blaugrana masih punyai waktu sehingga akhir Ogos untuk menyelesaikan saga Fabregas.


Oleh Donny Afroni

Wakil presiden sukan Barcelona Josep Maria Bartomeu berasa yakin Blaugrana masih punyai waktu untuk mendapatkan ketua pasukan Arsenal Cesc Fabregas.

Barcelona telah mendapatkan pemain pertama yang menandatangani Barcelona pada pasaran perpindahan musim panas ini iaitu Alexis Sanchez. Kehadiran Sanchez diyakini akan diikuti beberapa pemain lain.

Dalam keterangannya kepada wartawan semasa memperkenalkan Sanchez, Bartomeu mendakwa perbincangan untuk mengikat Fabregas masih tetap berlangsung.

“Perbincangan ini masih berlangsung dalam saluran yang betul,” kata Bartomeu seperti yang dilansir oleh Sporting Life.

“Kami akan berusaha dan melakukan apa yang mampu dilakukan dengan kewangan yang kami miliki.”

“Kami masih punya waktu sehingga 30 Ogos untuk menyelesaikannya, dan saya yakin ia akan berjaya.”


(Sumber: http://www.goal.com/)