Paris St-Germain pujuk Marouane Chamakh

Monday, July 25, 2011
Marouane Chamakh tidak akan menjadi pilihan utama Arsene Wenger pada musim ini.


Oleh Aditya Ramadhan

Pasaran perpindahan hampir berakhir, tetapi Paris St-Germain masih belum berhenti untuk melakukan aktiviti mereka. Kini, mereka sedang cuba untuk membawa pulang Marouane Chamakh ke Ligue 1.

Chamakh tampil memberangsangkan pada minggu-minggu pertama dalam Liga Perdana, namun dia menghadapi kesukaran menjaringkan gol sejak November 2010. Adalah amat diragukan seandainya dia mampu mengembalikan ketajamannya pada musim ini.

Daily Star menulis bahawa pemain berasal dari Maghribi berusia 27 tahun itu cuba untuk kekal, tetapi Paris St-Germain sedang memujuknya untuk kembali ke Prancis.

Arsene Wenger berkemungkinan akan menggunakan satu pemain serangan pada musim depan, dengan Robin van Persie sebagai pilihan pertama. Chamakh hanya akan menjadi pemain gantian. Manakala Nicklas Bendtern berkemungkinan akan dilepas ke Borussia Dortmund.

Jika Chamakh bersedia kembali, Paris St-Germain segera memberikan tawaran. Chamakh dibeli oleh Arsenal dari Bordeaux dengan harga 15 juta pounds.


(Sumber: http://www.goal.com/)