Legenda Milan sarankan agar bekas kelabnya tidak membeli Cesc Fabregas

Tuesday, July 26, 2011
Dejan Savicevic menganggap kualiti Cesc Fabregas masih berada di bawah pemain seperti Marek Hamsik dan Javier Pastore.


Oleh Tegar Paramartha

Legenda AC Milan Dejan Savicevic turut mendengar khabar mengenai kemungkinan bekas kelabnya itu akan membeli ketua pasukan Arsenal Cesc Fabregas.

Namun, Savicevic tidak menerima perkhabaran tersebut dengan positif. Presiden FA Montenegro tersebut menganggap Fabregas mempunyai tahap kualiti di bawah pemain-pemain seperti Marek Hamsik dari Napoli mahupun Javier Pastore dari Palermo.

"Fabregas? Bagi diri saya, Pastore dan Hamsik adalah pemain yang lebih baik," ujar Savicevic kepada Radio Sportiva.

"Fabregas adalah seorang pemain yang bagus, tetapi dia tidak memiliki kepantasan," ungkap Savicevic.


(Sumber: http://www.goal.com/)