Permintaan Arsenal ditolak Fifa untuk teknologi garisan-gol dalam perlawanan pra-musim

Tuesday, July 26, 2011
The Gunners mahu mencubanya dalam kejohanan Piala Emiarates akan datang untuk membantu para pegawai namun pengurus Arsene Wenger berkata organisasi bolasepak dunia tidak membenarkannya


Fifa telah menolak untuk membenarkan Arsenal mencuba teknologi garisan-gol semasa perlawanan pra-musim.

The Gunners berharap penggunaan teknologi tersebut dapat membantu para pegawai dalam Piala Emirates, yang mana bakal menyaksikan pasukan Arsene Wenger akan menentang Boca Juniors, Paris Saint-Germain dan New York Red Bulls.

Walaupun perlawanan tersebut dikelaskan sebagai sebuah kejohanan persahabatan, organisasi bolasepak dunia tidak akan membenarkan kelab utara London tersebut melaksanakannya.

“Kita perlukan kebenaran untuk menggunakannya tetapi kami tidak memperolehi kebenaran tersebut,” kata pengurus Arsene Wenger seperti yang dipetik dari the Sun.

“Saya rasakan mereka tidak mahu memulakan peraturan yang berlainan di sini atau ditempat lain dan saya memahaminya.

“Berita baiknya adalah mereka bersikap terbuka mengenainya dan ia kelihatan akan dilaksanakan pada kejohanan Piala Dunia akan datang.

“Jika mahukannya, kita berpeluang untuk menentukan keputusan yang telus. Kita sedia maklum bahawa ia akan membantu para pengadil.

“Jika terdapat banyak bantuan, banyak keputusan yang adil dapat dilakukan. Saya mahu menggunakannya lebih daripada sekadar garisan-gol namun ia boleh dijadikan sebagai langkah pertama.”

Jurulatih dari Perancis tersebut telah lama menyetujui penggunaan teknologi untuk membantu secara rasmi dalam mana-mana kejohanan namun FIFA menentang untuk memperlaksanaannya.

Bagaimana pun, sejak kebelakangan ini mereka seolah-olah telah memberi isyarat untuk menukar pendirian tersebut atas tekanan daripada ramai pengurus pasukan, para pemain, para pegawai serta peminat untuk mewujudkan teknologi tersebut.

Presiden Fifa, Sepp Blatter telah hadir dalam kejohanan Piala Dunia tahun lepas pada pertembungan diantara England dan Germany, dan menyaksikan bahawa pengadil tidak membenarkan percubaan Frank Lampard walaupun percubaan itu telah melepasi garisan gol.

Ketua Liga Perdana, Richard Scudamore berkata baru-baru ini bahawa dia berharap agar liga terbesar England tersebut mampu mempunyai teknologi garisan-gol untuk musim 2012-13 nanti.



(Sumber: http://www.goal.com/)