Emmanuel-Thomas sempurnakan perpindahan ke Ipswich

Tuesday, July 26, 2011


Kelab Bolasepak Arsenal telah menyetujui syarat pemain penyerang Jay Emmanuel-Thomas untuk berpindah ke pasukan dari liga Championship, Ipswich Town dengan jumlah perpindahan yang tidak dinyatakan.

Bekas ketua pasukan yang memenangi Piala FA Remaja, 20,  telah bersama skuad the Gunners sejak berusia lapan tahun, telah melakukan sekali penampilan permulaan dan empat kali sebagai gantian untuk skuad utama.

Jay yang dilahirkan di London itu telah merasai pengalaman dalam pasukan utama pasukan bolasepak semasa di pinjamkan ke Blackpool, Doncaster Rovers dan Cardiff City, yang mana telah menyaksikan dia telah menjaringkan dua goal daripada 16 penampilan.


(Sumber: http://www.arsenal.com/)