Patrice Evra pujuk Samir Nasri untuk sertai Manchester United

Monday, July 25, 2011
Patrice Evra mengatakan bahawa Samir Nasri hanya akan jadi pengendali di Arsenal, dan apabila ingin jadi seorang raja, maka Nasri harus berhijrah ke Manchester United.


Oleh Tegar Paramartha

Patrice Evra mengakui bahawa telah memujuk pemain tengah Arsenal Samir Nasri untuk menyertainya di Manchester United.

Evra menyarankan agar rakan sepasukannya dalam skuad kebangsaan Prancis tersebut untuk menyertainya di Old Trafford jika ingin memenangi banyak gelaran juara dan menjadi pemain terbaik di dunia.

"Saya berbicara banyak perkara dengannya pada masa cuti dan saya memberitahunya akan betapa hebatnya bermain untuk Manchester United dan betapa penting bagi dirinya untuk menjadi salah seorang pemain terbaik di dunia," ujar Evra.

"Seingat saya, saya ada bergurau dengan mengatakan bahawa dia adalah sekadar pengendali pada waktu ini, tetapi jika dia ingin menjadi seorang raja maka dia harus menyertai Manchester United."

"Itu adalah kenyataannya, dan saya telah memberitahunya. Saya katakan 'jika dia ingin memenangi gelaran juara, dia harus datang ke sini'."

"Selama lima tahun, saya telah memenangi 12 trofi dan saya tidak tahu apakah saya akan memenanginya lebih banyak trofi daripada itu apabila saya menyertai kelab lain. Oleh itu saya memberitahunya kenyataan sedemikian."

"Saya tidak tahu bagaimana perbincangan berlaku sehingga waktu ini tetapi banyak kelab yang tertarik terhadapnya dan dia harus berfikir. Saya hanya memberitahu dia, adalah lebih baik bagi dirinya apabila dia menyertai kami di sini. Dia akan mendapat sambutan hangat dan saya dapat membantunya kerana saya juga orang Perancis."

"Kami berbicara banyak perkara pada musim panas dan juga ketika kami bertemu semasa bermain untuk pasukan kebangsaan Perancis pada perlawanan persahabatan. Ini akan menjadi lebih menarik tetapi saya tidak tahu, kita akan melihatnya nanti."


(Sumber: http://www.goal.com/)