Inter, Juventus, Arsenal rebut Juan Mata

Monday, July 25, 2011
Arsenal berani membeli Juan Mata dengan harga €20 juta.


Oleh Aditya Ramadhan

Inter Milan terlibat dalam persaingan merebutkan Juan Mata, pemain berbakat Valencia, bersama Arsenal dan Juventus.

Sport, akhbar terbitan Katalan, memberitakan bahawa nilai perpindahan Mataadalah sebanyak €40 juta, namun begitu Valencia berkebolehan untuk melepaskan pemain tersebut dengan harga yang lebih rendah. Los Che, nama gelaran bagi Valencia, sedang mengalami kesulitan dalam kewangan.

Inter menawarkan Mata sebanyak €15 juta. Arsenal berani membeli pemain itu dengan harga €20 juta. Juventus pula lebih suka bersikap tunggu dan lihat.

Mata sebelum ini menjadi sasaran bagi Liverpool, namun pemain bawah-21 Spanyol itu lebih gembira kekal di Stadium Mestalla.

Valencia kelihatan tidak dapat mempertahankannya kerana terpaksa membayar bayaran hutang beserta bunga.


(Sumber: http://www.goal.com/)