'Gol sendiri' terbaik? Saat memalukan bagi pemain muda baru Arsenal

Monday, July 25, 2011

Carl Jenkinson kurang dari sebulan dalam kerjaya Arsenalnya namun pemain pertahanan muda itu tidak akan melupakan perlawanan persahabatan pada hari Sabtu menentang FC Cologne.

Pemain berusia 19 tahun tersebut yang telah menyertai the Gunners dari Charlton pada awal musim panas ini dengan nilai perjanjian £1 juta, telah melakukan hantaran ke belakang untuk menyelamatkan bola semasa permainan berlangsung dalam separuh masa pertama dalam kemenangan persahabatan yang berkesudahan 2-1.

Malangnya bagi Jenkinson ia berakhir dengan sebuah kesilapan yang amat besar.

Pemain pertahanan tersebut telah melakukan hantaran volley sejauh 22 ela yang melepasi kepala Wojciech Szczesny pada babak terakhir separuh masa pertama adalah merupakan penampilan terakhirnya apabila dia dikeluarkan pada baki separuh masa kedua.


Dua gol Arsenal telah dihasilkan oleh penampilan ulung Gervinho.

Pemain kebangsaan Ivory Coast itu yang telah menyempurnakan perpindahan ke kelab London dari Lille awal minggu ini, melakukan jaringan seawal minit ke 7 selepas menerima hantaran bijak dari Jack Wilshere.

Gervinho kemudiannya menerima hantaran daripada Theo Walcott lapan minit kemudian untuk memastikan Arsenal mendapat kelebihan dua gol dihadapan sebelum meninggalkan padang selepas babak separuh masa pertama berakhir.

Pelanggarannya dengan penjaga gol Michael Rensing dalam memperoleh gol kedua mungkin menyebabkan dia terpaksa diganti yang mana menyaksikan Arsenal tidak mahu memperoleh kecederaan lain bagi pemain-pemainnya, namun dia kelihatan gembira semasa berada di garisan tepi padang pada separuh masa keduabersama rakan-rakan sepasukannya.


(Sumber: http://www.dailymail.co.uk/)