Kerugian berganda bagi Arsenal untuk Juan Mata dan Santi Cazorla

Monday, July 25, 2011
Kerugian Arsenal pada musim panas ini dalam pasaran perpindahan kini berterusan selepas dua calon untuk menggantikan Cesc Fabregas telah menyimpang daripada menyertai kelab.

Santi Cazorla, pemain tengah Villarreal, akan memeterai perjanjian bersama Malaga selepas kelab dari La Liga itu meletakkan tawaran yang sama sebagaimana tawaran Manchester City lebih awal berbanding the Gunners dan bersetuju dengan perjanjian bernilai £18 juta.

Arsenal berharap untuk menggandingkan Cazorla bersama pemain kebangsaan Spanyol Juan Mata, dengan menggunakan £35 juta hasil dari penjualan Fabregas untuk kemasukkan dua pemain bintang Spanyol tersebut.

Bagaimana pun presiden Valencia Manuel Llorente mengakhiri spekulasi mengenai masa depan Matadengan menyatakan bahawa kelab tersebut tidak akan menjual pemain tersebut dengan apa harga sekali pun.

Valencia keberatan menjual Mata kerana telah kehilangan David Silva dan David Villa setahun yang lepas kerana masalah kewangan, dan Llorente telah membangkitkan pendiriannya berkenaan bekas pemain muda Real Madrid tersebut.

Dia memberitahu Superdeporte: 'Keputusan itu jelas dan wang tidak akan menukar pendirian kami. Valencia tidak akan menjualnya kepada mana-mana kelab yang mahu membeli Mata.'

Cazorla, 26, adalah lebih versetail berbanding Fabregas, berkebolehan dalam bermain dalam pelbagai posisi di belakang penyerang tengah manakala Mata lebih selesa di bahagian sayap namun telah disediakan dengan jersi bernombor 10 dalam kelab tersebut dan peringkat negara.

Perjanjian untuk Fabregas akan memperlihatkan ketua pasukan Arsenal merealisasikan impiannya untuk bermain ke kelab semenjak kecilnya, Barcelona yang muingkin dijangka berlaku pada minggu ini, dengan Arsenal tidak melakukan sebarang bidaan serius untuk pertukaran berpotensi sehingga tarikh tersebut.

Naib presiden Barca Josep Maria Bartomeu berada di London sepanjang ujung minggu dan media di Spanyol melaporkan pada Isnin bahawa perjanjian baru sedang dipertimbangkan oleh ketua eksekutif Arsenal Ivan Gazidis.


(Sumber: http://www.dailymail.co.uk/)