Galatasaray Tawar Emmanuel Eboue

Monday, July 25, 2011

Oleh Agung Harsya

Kelab juara Turki Galatasaray sudah maju setapak lagi dalam usaha mereka untuk mendapatkan pemain sayap Arsenal, Emmanuel Eboue.

Masa depan Eboue dalam tanda tanya kerana mulai kehilangan tempat dalam pasukan utama Arsenal. Pemain ini juga pernah dicemuh peminat sendiri dalam perlawanan menentang Wigan Athletic tiga tahun lepas. Eboue juga sengaja tidak dibawa oleh Arsene Wenger ketika Arsenal menjalani jelajah Asia pada musim panas ini.

Menurut Mail on Sunday, Galatasaray mengajukan tawaran dengan nilai £4 juta kepada Arsenal untuk membuka perbincangan perpindahan. Belum ada sebarang kenyataan bagi dari pihak Arsenal berkaitan tawaran tersebut.

Eboue telah menyertai Arsenal sejak 2005 dan telah membuat penampilan lebih daripada 200 kali bersama pasukan London itu. Pada akhir tahun lepas, Eboue baru sahaja menandatangani kontrak baru jangka panjang.


(Sumber: http://www.goal.com/)