Arsenal intai kilauan pemain pertahanan dari Liga Juara-juara

Wednesday, April 13, 2011

Pemain pertahanan pertahanan Schalke, Kyriakos Papadopoulos cuba dipikat oleh Arsenal, menurut Metro.

Pemain tengah berusia 19 tahun itu telah meraih perhatian sejumlah pelamar-pelamar berpotensi selepas satu persembahan mempesonakan dalam kejohanan Liga Juara-juara musim ini.


Namun begitu, Arsene Wenger telah menunjukkan petanda paling jelas dalam rancangannya untuk membuat tawaran semasa musim panas nanti kepada ketua pasukan Greece bawah-21 itu, untuk dibawa ke Emirates.

The Gunners telah dikaitkan dengan beberapa pemain pertahanan dalam bulan-bulan kebelakangan ini sebagai menambah kekuatan bagi beberapa posisi yang bermasalah di dalam Arsenal.

Kesukaran untuk membawa masuk Gary Cahill dari Bolton Wanderers, pengurus pasukan Arsenal itu kini kelihatan mengalih perhatiannya kepada calon yang lain selepas peningkatan harga kepada pemain itu kerana penglibatannya dalam skuad kebangsaan England.

Papadopoulos merupakan pemain yang tidak asing lagi dalam kejohanan domestik mahupun antarabangsa, telah membuat penampilan pertamanya dalam liga tertinggi di Greece bersama pasukan Olympiakos.

Dengan empat tahun baki kontrak semasa bersama Schalke, Papadopoulos tidak akan tergesa-gesa untuk berhijrah, melainkan kelab dari Bundesliga itu memilih untuk menjualnya kepada Arsenal dalam menyelesaikan masalah kewangan mereka untuk menyelesaikan hutang yang semakin meningkat dalam kelab.

Dengan nilai sekitar £3.7 juta, pemain muda berbakat ini mampu mengisi pencarian bakat oleh Arsene Wenger, dan kini tiada apa-apa yang menghalang dia dari dikaitkan dengan Arsenal.

Dalam persiapan untuk menentang Inter Milan, Papadopoulos akan terus diintai oleh pencari bakat the Gunners, dalam melihat bagaimana dia mampu bertahan di pentas terbesar Eropah. 


(Sumber: http://www.givemefootball.com/)