Sasaran Arsenal Gianluigi Buffon tidak akan meninggalkan Juventus pada musim panas ini - ejen

Monday, April 11, 2011
Penjaga gol kebangsaan Italy telah dikaitkan dengan beberapa kelab Liga Perdana Inggeris serta kelab dari Serie A Roma, namun masih gembira berada di Turin dan menghabiskan kontrak untuk dua setengah tahun


Oleh Ryan Benson

Ejen Gianluigi Buffon, penjaga gol Juventus dan skuad Italy  telah menegaskan bahawa pemain tersebut tidak akan meninggalkan Turin pada musim panas ini, walaupun beberapa kelab telah dikaitkan dengan bekas pemain Parma itu.



Pemain berumur 33 tahun itu telah dikaitkan dengan kelab-kelab seperti Arsenal, Manchester City dan Manchester United dalam Liga Perdana, serta Roma turut dilaporkan berkecenderungan untuk membawanya ke sana.

Ejennya, Silvano Martina mengecam khabar-khabar angin yang menyebut bahawa pemain tersebut akan menyertai salah satu kelab yang berpengkalan di Manchester, tetapi akhbar terus mengaitkannya dengan satu penghijrahan.

Bercakap untuk 'tuttomercatoweb.it', Martina berkata: “Saya benar-benar tidak memahami mengapa terdapat khabar angin yang berterusan mengenai Buffon.

“Dia masih mempunyai dua setengah tahun di dalam kontraknya dan dia lebih daripada gembira berada di Juventus."

Buffon masih merupakan penjaga gol yang paling mahal sepanjang masa, telah mengakitbakan Juventus mengeluarkan perbelanjaan sebesar £32 juta pada tahun 2001, tetapi hanya bermain sepuluh kali dalam Serie A pada musim ini disebabkan sakit dan kecederaan. 


(Sumber: http://www.goal.com/)