Lehmann kembali untuk memastikan Arsenal terus berada di laluan sebenar

Sunday, April 10, 2011
Oleh Andy Hunter di Bloomfield Road



Arsène Wenger telah memberitahu 'Arsenal Supporters Trust' pada Jumaat lepas bahawa kedudukan di tempat kedua dalam Liga Perdana "bukanlah bencana", tetapi ia bukanlah alasan sebagai tanda untuk menyerah gelaran kepada Manchester United selepas kemenangan berharga ini kepada Blackpool. Ketinggalan 7 mata dengan kelebihan satu permainan dalam tangan mungkin hanyalah salah satu  faktor luaran, namun dengan skuad pendahulu liga Sir Alex Ferguson akan bertandang ke Stadium Emirates, ia merupakan satu peluang yang sukar untuk Arsenal sia-siakan.


Kebuntuan telah mengendurkan momentum skuad the Gunners dalam minggu-minggu kebelakangan ini tetapi mereka tidak kehilangan taring apabila Blackpool cuba mengancam dengan satu kebangkitan selepas mereka ditinggalkan dengan 2 jaringan. Skuad Wenger terus kukuh bertahan serta melakukan satu lagi jaringan terbaik melalui serangan balas oleh Robin van Persie, dan dalam masa yang sama berharap perlawanan Liga Juara-juara dan Piala FA mampu menghalang pergerakkan United daripada mendapat gelaran ke-19.

Kecederaan lutut yang dialami oleh Manuel Almunia semasa sesi memanaskan badan membawa Jens Lehmann kembali ke gawang gol Arsenal buat kali pertama sejak Mei 2008. Ia kelihatan seolah-olah pemain berumur 41 tahun itu akan bermain dalam keadaan segan sepanjang satu minggu ini kerana menjadi pemain tertua dalam kelab. Kini pemain tersebut bersama dalam kerjaya Arsenal untuk perlawanan ke-200nya bagi skuad Wenger.

Penglibatan Abou Diaby dalam melakukan dan menamatkan jaringan pertama bermula apabila beliau melakukan rampasan daripada Jason Puncheon yang berada di tengah kawasan Arsenal sebelum  Fabregas memulakan satu larian dan mengambil alih posisi bola serta cuba mencari rakan untuk hantaran. Tanpa mendapat sebarang gangguan, dia berjaya melakukan hantaran lorongan kepada Van Persie yang melebar ke sebelah kiri, dan apabila pemain antarabangsa Belanda itu melakukan hantaran lintang dengan jarak enam ela, Diaby berada di situ untuk memastikan pelawat berada dihadapan.

Beberapa ketika selepas itu, dengan Blackpool tergesa-gesa untuk melakukan lontaran ke dalam, Emmanuel Eboué berjaya melakukan rampasan. Saling bertukar-bertukar hantaran bersama Jack Wilshere dan kemudian melakukan jaringan kemas menewaskan penjaga gol Blackpool, Richard Kingson. Selepas itu Blackpool berada dalam keadaan kucar-kacir. Van Persie gagal untuk menyempurnakan dua hantaran terus dari Fábregas di belakang pertahanan tuan rumah serta rembatan Samir Nasri terkena palang gol selepas mendapat hantaran dari sumber yang sama.

Tanpa dapat dielak, perjalanan cahaya kemenangan buat Arsenal dikaburi dengan kejayaan Blackpool dalam mengurangkan jurang perbezaan apabila Gary Taylor-Fletcher menerima hantaran dari jarak dekat dan menjaringkan gol. Pengadil Lee Mason telah memberikan dua kelebihan buat Blackpool apabila meneruskan perlawanan semasa Wilshere menerjah Luke Varney serta Lehman menjatuhkan DJ Campbell di dalam kawasan penalti. Walaupun selepas membenarkan jaringan tersebut, pengadil memberikan pemain tengah Arsenal itu dengan kad kuning, namun beliau gagal untuk mengambil tindakan terhadap penjaga gol dari Jerman itu yang merupakan pemain terakhir.

Sebelum 14 minit masa sebenar berakhir, pemain gantian Theo Walcott telah memecahkan bahagian kanan Blackpool dengan melakukan larian pantas lalu melakukan hantaran silang untuk diberikan kepada Van Persie yang membawa kepada gol ke-3 Arsenal melalui jaringan jarak dekat. 



(Sumber: http://www.guardian.co.uk/)