Robben mohon maaf

Tuesday, April 12, 2011

PEMAIN sayap Bayern Munich, Arjen Robben memohon maaf kepada peminat dan kelabnya selepas dibuang padang sewaktu perlawanan menentang Nuernberg.

Menurutnya, tindakan pengadil perlawanan Knut Kircher melayangkan kad merah sebagai tidak wajar kerana dia hanya ingin penjelasan,



“Kad merah itu terlalu menyakitkan hati. Saya meminta maaf kepada peminat dan rakan sepasukan,” katanya.

Robben bakal terlepas perlawanan penting bertemu Bayer Leverkusen, minggu hadapan.

Sementara itu, jurulatih Bayern, Louis van Gaal menegaskan mereka tidak boleh lagi keciciran mata penting selepas ini.

“Ini satu perkara paling malang kerana kita perlu menang kesemua lima perlawanan untuk menamatkan musim ini di tangga ketiga,” katanya.

Bayern kini menduduki tangga keempat liga satu mata di belakang Hannover dan kini mereka sedang berjuang untuk layak ke kelayakan Liga Juara-Juara 2011/2012.



(Sumber: http://www.sinarharian.com.my/)