Fabregas: Saya tidak pasti akan tinggalkan Arsenal untuk Barcelona

Friday, April 15, 2011
Kapten Arsenal Cesc Fabregas telah berkata bahawa dia tidak yakin jika dia banyak memperkatakan mengenai penghijrahannya ke kelab gergasi Sepanyol Barcelona akan pernah datang dipadamkan.

Bercakap sebagai tetamu kehormat dalam sebuah dokumentari mengenai sahabat karibnya Gerard Pique, yang beliau telah mempertemukan mereka dalam akademi remaja kelab Catalan itu pada 15 tahun lepas, dia sedaya upaya menyembunyikan keinginannya untuk kembali kepada kelab zaman remajanya itu.

Pemain tengah the Gunners itu berkata: 'Saya sepatutnya akan kembali ke sana semasa bercuti! Saya tidak tahu jika saya akan kembali kepada pasukan. Realitinya perkara boleh berlaku dalam bolasepak.


'Saya sentiasa akan katakan apa yang saya mahu dan apa yang saya mampu. Tetapi anda tahu dalam bola sepak banyak perkara boleh berlaku.'

Fabregas berada dalam situasi penghijrahan pada musim panas ketika dia menuntut untuk perpindahan ke Barcelona, tetapi kelab juara Sepanyol itu tidak mampu mencapai kesepakatan bersama Arsenal berkaitan dengan pembayaran perpindahan.

Pemenang Piala Dunia itu amat diketahui umum dikecewa kerana Arsenal masih lagi gagal untuk memperoleh sebaranhg trofi.

Pasukan Arsene Wenger pada waktu ini akan berhadapan untuk satu pertembungan genting menentang Liverpool di Emirates pada hari Ahad (17hb April).

Seandainya mereka gagal mengecapi kemenangan pada hari itu nanti, sekali lagi kita akan menyaksikan Arsenal akan menghabiskan musim ini tanpa trofi, dan terpaksa menyerahkan gelaran liga kepada pasukan Alex Ferguson, Manchester United.



(Sumber: http://www.metro.co.uk/)