Wenger: 'Kita boleh kekalkan kesungguhan begini'

Sunday, April 10, 2011

Tentang sebuah kemenangan yang sukar…
Itulah hasilnya setelah menentang Blackpool dan merupakan sebuah pasukan [yang sedang] bertempur dalam prospek penurunan. Saya maklum tentang itu, pada kedudukan 2-0, mereka tidak akan berputus asa. Kami mensia-siakan beberapa peluang di separuh masa pertama dan, dalam kedudukan 2-1, kami mendapat tempoh kegusaran. Setelah menjadikannya 3-1, ia membunuh permainan mereka kerana mereka telah melakukan usaha yang banyak.


Pada kemasukan Jens Lehmann di saat-saat akhir…
Saya tidak khuatiri kerana saya menggantikan seorang penjaga gol yang baik dengan seorang penjaga gol yang baik. Satu-satunya kebimbangan saya apabila tidak mempunyai penjaga gol di bangku  simpanan lagi. Jika sesuatu berlaku kepada Jens, setelah beliau tidak bermain untuk begitu lama, kami mungkin berhadapan dengan masalah.

Tentang samada dia membayangkan malapetaka apabila Lehmann menjatuhkan DJ Campbell…
Ya. Ia merupakan detik genting yang berlaku dalam sekelip mata  dalam permainan. Saya merasakan Jens bermain bola itu, sekalipun [pengadil] memberi sepakan penalti, dia turut boleh melayangkan kad kuning kerana percubaan Lehmann untuk menyekat bola itu.

Tentang prestasi Arsenal…
Saya rasa ia merupakan persembahan yang baik kerana kita telah melakukan respons yang baik bagi permainan hambar pada Ahad lepas. Apa yang orang lain lupa adalah kami kekal dengan tidak pernah kalah dengan begitu lama, sekalipun kami tidak memenangi apa-apa baru-baru ini. Tetapi ia amat penting  untuk terus mendapat kemenangan lagi dan kini kami harus menghadapi perlawanan demi perlawanan seterusnya.

Pada aksi 90 minit Lehmann…
Dia melakukannya dengan baik. Dia mengambil keputusan yang sangat tepat. Secara lebih tepat, dia tidak banyak diduga kerana kita mengawal permainan dengan agak baik. Dia memeberikan arahan dan  kreabilitinya membantu dalam pergerakkan pemain.

Tentang kecederaan Almunia…
Dia telah mengalami masalah lutut, kita perlu melakukan pemeriksaan lanjut kepadanya. Saya tidak tahu [sama ada dia akan bersedia untuk permainan akan datang]. Kami mempunyai [Wojciech] Szczesny yang semakin hampir pulih.

Tentang pengekalan kesungguhan untuk baki musim…
Saya fikir kita boleh mengekalkan kesungguhan sebegini. Kini kami telah mendapat rehat, kemudian bermain untuk hari Ahad dan Tottenham pada Rabu akan datang. Kami tahu bahawa kami perlu memberikan 100 peratus daya kami untuk setiap permainan.

Tentang apa kata Lehmann selepas perlawanan itu…
Saya tidak bercakap kepadanya lagi.

Tentang respons kepada kekecewaan Liga Juara-juara and Piala FA…
Kami telah melalui tempoh yang pilu dan kini kami perlu berdiri semula dan menunjukkan bahawa kami telah mendapat kekuatan mental untuk bertindak. Pasukan ini telah membuat sesuatu yang jauh lebih baik.

Pada perlumbaan kejuaraan Liga Perdana…
Hari ini, dengan hanya 3 mata itu telah membantu dalam menghidupkan peluang kami Kami telah berjanji  untuk diri kami sendiri untuk memberikan segalanya sehingga penghujung musim. Masih terdapat tujuh perlawanan yang tinggal dan ia masih panjang. 



(Sumber: http://www.arsenal.com/)