Kami perlukan kemenangan: Van Persie

Tuesday, April 12, 2011
PENYERANG Arsenal, Robin van Persie berkeras mahu menggantikan tempat penjaga gol Jens Lehmann demi menghalang satu jaringan yang berjaya dilakukan Gary Taylor-Fletcher pada perlawanan yang berkesudahan Arsenal menang bergaya 3-1 ke atas Blackpool.

Lehmann sepatutnya tidak bermain terpaksa masuk menggantikan tempat Manuel Almunia kerana mengalami kecederaan lutut sewaktu sesi memanaskan badan.

“Ya memang kami perlukan kemenangan ini. Persembahan kami juga hebat, kami bekerja keras dan layak untuk menang.

“Masih ada tujuh perlawanan perlu dilalui, semuanya bergantung pada kami sekarang.

“Memang ini telah dijangka, jadi kami hanya perlu membuktikan kepada semua Arsenal pasukan yang hebat,” katanya. 


(Sumber: http://www.sinarharian.com.my/)