Van Persie dakwa gelaran liga berada di tangan Arsenal selepas perjalanan ke Blackpool

Monday, April 11, 2011

Oleh wartawan Sportsmail

Robin van Persie percaya harapan kejuaraan Liga Perdana Barclays Arsenal masih berada di tangan mereka berikutan kemenangan 3-1 ke atas Blackpool yang penuh dengan kesungguhan.

Gol-gol dari Abou Diaby, Emmanuel Eboue dan Van Persie memastikan skuad the Gunners bangkit dsemula selepas keputusan seri yang mengecewakan mereka semasa menentang Blackburn dan mengikuti dengan tujuh mata di belakang pendahulu Manchester United serta dengan satu permainan dalam tangan.


Apabila ditanya samada the Gunners boleh kekal memenangi tujuh perlawanan untuk mengejar gelaran, Van Persie memberitahu Sky Sports 1: 'Kami perlukan keputusan ini, kami hendak mendapat kemenangan jadi kami berasa sangat gembira.

'Kami telah berkerja keras dan berhak memperolehinya. Saya percaya kami punyainya bersama kami (memenangi semua baki perlawanan kami). Terdapat tujuh perlawanan lagi bagi kami dan ianya terpulang kepada usaha kami sendiri.

'Kami mendapatinya dalam diri kami sendiri dan kami perlu membuktikannya. Kami sebuah pasukan yang hebat dan ia kini bergantung kepada kami.'

Penjaga gol Jens Lehman gembira selepas membuat penampilan ke-200nya untuk the Gunners, dan merupakan penampilan pertama sejak menyertai semula kelab, selepas Manuel Almunia mengalami kecederaan dalam gerakan memanaskan badan.

Pemain yang berasal dari Jerman itu mungkin bernasib baik kerana tidak diperintah untuk keluar padang selepas menjatuhkan DJ Campbell dalam kotak penalty, tetapi bola itu bertanding bergerak menuju ke arah Gary Taylor-Fletcher untuk melakukan jaringan.

Katanya: 'Kadang-kadang hidup ini datang dengan kejutan dan anda tidak akan tahu apa yang bakal tiba. Kini kami telah berada dalam perjalanan semula dan mari kita lihat sejauh mana ia akan pergi.'

Apabila ditanya samada dia membayangkan kad merah untuk kesalahannya, dia berkata: 'Saya tidak tahu, peraturan kadang-kadang berubah. Tetapi saya tidak peduli, jika itu merupakan perlawanan terakhir saya, saya amat gembira kerana kami memenanginya.'


(Sumber: http://www.dailymail.co.uk/)