Arsenal sedia lawatan Asia untuk pra-musim (Malaysia, China)

Thursday, April 14, 2011



Arsenal telah hampir dalam menyempurnakan rancangan untuk lawatan pra-musim ke Asia.

The Gunners telah mengadakan kem latihan mereka di Austria setiap tahun sejak 2001, namun bos Arsene Wenger menolak tawaran yang membawa keuntungan bagi perjalanan jauh seterusnya.



Walaupun demikian kelab mengharapkan agar Wenger mengubah pendiriannya dan akhirnya Wenger bersetuju setelah diyakinkan bahawa perjalanan itu bukanlah semata-mata bertujuan untuk membuat keuntungan.

Destinasi pilihan Wenger adalah Jepun tetapi tsunami yang telah melanda Jepun pada bulan Mac lepas telah mendorong untuk dia mempertimbangkan negara lain seperti Malaysia dan China.

Arsenal akan mengumumkan butiran penuh perjalanan tersebut namum lawatan tersebut telah lama dirancang sebelum Stan Kroenke melancarkan tawarannya untuk kawalan penuh terhadap kelab dari Utara London itu pada Isnin.

Kebanyakan kelab dalam saingan Liga Perdana telah membuat banyak keuntungan melalui lawatan mereka dalam rancangan pra-musim dan dalam tahun-tahun kebelakangan Arsenal turut tidak mahu ketinggalan dalam melakukan perkara yang sama.

Kroenke, ketua pegawai Ivan Gazidis dan ketua pegawai komersial Tom Fox menyedari akan faedah-faedah komersial yang mampu diperoleh melalui pengembangan jenama mereka serta pengkalan peminat dalam pasaran seperti di Timur Jauh.

Dengan ketiadaan kejohanan Eropah serta kejuaraan seperti Piala Dunia sepanjang musim panas nanti, Wenger menerima persiapan-persiapan pasukannya itu untuk musim 2011-12 kerana beliau sedar bahawa ia tidak akan mengganggu kempen tersebut.

"Saya menerima gesaan dari kelab untuk melakukannya [lawatan pra- musim]," kata lelaki Perancis itu semasa bercakap pada AGM Arsenal dalam bulan Oktober.

"Tetapi saya mahu memulakan musim nanti dengan lancar. Jika ia sekadar untuk membuat keuntungan, maka ia lebih baik untuk tidak melakukannya. Jika untuk sebab-sebab lain, mungkin ya.

"Kami sedang menelitinya tetapi bukan dalam tahun-tahun semasa kejohanan Eropah [dianjurkan] atau tahun-tahun yang mana terdapat kejohanan Piala Dunia. Pemain-pemain antarabangsa di bawah undang-undang Fifa mesti mendapat cuti sepanjang empat minggu."


(Sumber: http://news.bbc.co.uk/)