Carroll mahu memburu Gunners untuk kali ke-2

Thursday, April 14, 2011
Andy Carroll percaya dia mampu membantu kemenangan Liverpool di Emirates buat kali pertama pada hari Ahad nanti.

Liverpool tidak pernah memenangi perlawanan apabila bertandang ke Arsenal sejak kemenangan terakhir Titi bersama Camara dalam tahun 2000 - satu perjalanan yang telah memperlihatkan mereka tewas enam pertemuan dan empat seri dalam liga, termasuk dua kekalahan daripada empat pertemuan semenjak Arsenal berpindah ke Stadium Emirates dalam tahun 2006.




Carroll, 22, mencatat satu-satunya gol kemenangan 1-0 Newcastle semasa menentang the Gunners di Utara London pada awal musim ini - satu-satunya kunjungan Carroll sepanjang kerjayanya dalam bolasepak.

'Tiada sebab mengapa Liverpool tidak boleh menang di sana dan semua pemain yakin yang kami boleh menewaskan Arsenal,' kata penyerang England itu.

'Kami perlu bekerja dengan keras untuk menewaskan mereka dan memastikan yang kami tidak akan memberikan mereka sebarang ruang atau masa bersama bola kerana kami tahu bagaimana pasukan terbaik Arsenal ini dan apa yang mereka mampu lakukan apabila kita membenarkan mereka melakukan begitu.

'Semua pemain Newcastle telah bermain dengan baik pada hari itu. Ia merupakan suatu tindakkan yang baik dari Joey Barton dan ia adalah sesuatu yang kami telah amalkan dalam latihan sebelum itu.

'Dia melakukan hantaran yang tepat di mana saya berada dan penjaga igol mereka keliru sama ada mahu menghampiri dan menghalangnya atau tidak. Saya mendapatkannya terlebih dahulu dan menanduknya ke jaring.'


(Sumber: http:/ / www.dailymail.co.uk /)