Messi pecah rekod kelab

Thursday, April 14, 2011
DONESTK: Penyerang lincah Argentina yang beraksi bersama Barcelona, Lionel Messi mencipta rekod baru dengan jaringan peribadi ke-48 musim ini ketika menjaringkan gol kemenangan 1-0 ke atas Shakhtar Donetsk bagi membolehkan kelabnya mara ke separuh akhir Liga Juara-Juara.


Jaringan pada separuh masa pertama Messi itu bukan hanya melengkapkan kemenangan 6-1 Barca secara agregat, tapi turut membolehkan dia menjadi penjaring terbanyak kejohanan itu dengan sembilan gol, mengatasi rekod bekas bintang kelab itu, Ronaldo yang menjaringkan 47 gol pada musim 1996-97 yang juga musim tunggalnya bersama kelab Catalan itu.

Jika dia berjaya menjaringkan gol lagi - perlawanan Barca seterusnya adalah menentang Real hujung minggu depan - dia akan menyamai rekod sepanjang masa Sepanyol yang dipegang mendiang Ferenc Puskas, legenda Hungary ketika beraksi bersama Real, pada 1959-60.

Messi sudah menjaringkan 48 gol menerusi 46 perlawanan dan Barca berkemungkinan bertemu Real Madrid pada separuh akhir - yang semestinya mempertahankan kelebihan 4-0 ke atas Tottenham pada perlawanan timbal balik, awal pagi semalam - untuk mara ke final dan pemain berusia 23 tahun masih mempunyai baki sembilan perlawanan untuk melebarkan rekod itu.

Ronaldo menjaringkan 47 gol menerusi 49 perlawanan - jumlah berjaya disaingi Messi musim lalu. - AFP


(Sumber: http://www.hmetro.com.my/)