AFF cadang bina ibu pejabat di Malaysia

Tuesday, April 12, 2011
PRESIDEN Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF), Sultan Ahmad Shah bercadang membina Ibu Pejabat AFF di negara ini sebagai usaha memantapkan lagi pengurusan bola sepak Asean.

Sultan Ahmad Shah bertitah, baginda akan memohon kepada Kerajaan Persekutuan untuk diberikan tanah bagi tujuan itu.

“Saya terlebih dahulu akan mendapatkan persetujuan Ahli Jawatankuasa AFF sebelum menulis surat kepada Perdana Menteri kerana ia adalah hasrat saya selepas dilantik sebagai Presiden AFF.



“Bagi saya, Najib adalah seorang yang sangat memahami dan pasti beliau akan menyokong hal yang berkaitan sukan,” titah baginda.

Baginda juga akan mendapatkan bantuan daripada Gabungan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) bagi tujuan pembinaan bangunan itu.

“Bagi bangunan AFF ini, saya akan mendapatkan bantuan daripada FIFA dan pada masa sama, AFF pasti mempunyai peruntukan sendiri, jadi kita tidak mahu menyusahkan kerajaan pusat atau kerajaan Pahang.

“Untuk itu, saya akan usahakan sendiri termasuk pergi ke Zurich untuk berjumpa dengan Presiden FIFA, Sepp Blatter,” titah baginda. 



(Sumber: http://www.sinarharian.com.my/)