Dia seperti 'pembantu pengurus' di atas padang

Monday, April 11, 2011

Oleh Richard Clarke

Jens Lehmann adalah penjaga gol Arsenal dan dalam masa yang sama bertindak sebagai 'penolong pengurus' di atas padang perlawanan semasa menentang Blackpool pada hari Ahad lepas, menurut Jack Wilshere.

Pemain Jerman berusia 41 tahun ini hanya dimasukkan dalam perlawanan di Bloomfield Road beberapa ketika sebelum sepak mula selepas Manuel Almunia mengalami kecederaan lutut dalam gerakan memanaskan badan.


Semasa perlawanan baru bermula pada minit pertama wisel dibunyikan, Lehmann telah memberikan arahan-arahannya kepada bahagian pertahanan. Dan, dalam perlawanan ulung-ulung kalinya sejak bersara pada Mei lepas, dia turut memberikan pandangannya pada masa berenti rehat di separuh masa. Bagi Wilshere, penjaga gol tersebut cuba untuk menyalakan semula semangat pada tahun 2004 bagi skuad Arsenal yang telah memenangi gelaran Liga Perdana dengan rekod tanpa kalah.

“Dia bijaksana,” kata pemain berusia 19 tahun itu. “Dia hanya dipanggil untuk bermain pada sepuluh minit sebelum permainan bermula tetapi ia adalah perkara yang amat baik sekali melihat dia berada bersama kami.

“Dia ada di sana bersama, melakukan perkara sebaik mungkin dan dia merupakan salah seorang daripada pasukan yang digelar 'Invincibles', jadi tidak hairanlah jika dia mengetahui apa yang patut dilakukan untuk mendapat gelaran. Dan kami mahu menjadi skuad 'Invincibles' itu juga.

“Dia seperti seorang 'pembanti pengurus' di atas padang. Dia memberitahu kami apa yang patut dilakukan dan telah memberi peluang untuk perbincangan sesama pasukan pada rehat separuh masa.

“Dia sangat berkeinginan, anda boleh lihatnya darinya. Dia menjerit dan memekik kepada semua pemain.

“Saya ingatkan dia mungkin sedikit gila atau mempunyai karekter yang pelik. Tetapi dia tahu bagaimana untuk menangani bahagiannya dan sudah tentu dia adalah seseorang yang hebat untuk mempelajari sesuatu.. Dia berumur 41 tahun tetapi dia memiliki tubuh yang lebih baik berbanding saya sendiri!” 


(Sumber: http://www.arsenal.com/)