'Saya tidak akan menjual saham saya' - Alisher Usmanov

Wednesday, April 13, 2011
"Saya tidak akan menjual saham saya di Arsenal kepada Stan Kroenke kerana saya menyintai kelab ini dan mereka tidak boleh melakukannya tanpa saya"

Jutawan Rusia itu menegaskan bahawa dia tidak berniat untuk melepaskan sahamnya, walaupun dia mengalu-alukan pengalaman dari orang Amerika itu dan memberi sokongan sepenuhnya kepada Arsene Wenger

Oleh Adithya Ananth
Pemegang saham Arsenal, Alisher Usmanov mendesak bahawa dia tidak akan menjual kepentingannya dalam kelab kepada Stan Kroenke.

Kroenke, baru-baru ini meningkatkan sahamnya ke dalam kelab melebihi 62 peratus, telah bersetuju untuk menawarkan belian kuasa pemegang saham yang lain dan mendapat kuasa tunggal terhadap the Gunners.


Bagaimanapun, 'Arsenal Supporters Trust' telah menolak daripada menjual saham mereka, dan sekarang  jutawan kelahiran Uzbekistan itu melakukan langkah yang sama dengan mendesak bahawa dia tidak bercadang untuk melepaskan kepentingannya dalam kelab.

"Saya tidak akan menjual saham saya," Usmanov memberitahu Bloomberg.

"Saya cintakan Arsenal, sebab itu saya memegang syer."

Usmanov, yang mempunyai kepentingan bernilai lebih daripada £11 bilion, bertindak menyebut bahawa kelab bergantung kepada sokongannya dan menegaskan bahawa tiada pemegang saham tunggal yang perlu mengambil pemilikan penuh.

"Prinsip saya terhadap Arsenal adalah ia tidak boleh tanpa saya," kata Usmanov.

Dia meneruskan: "Lembaga di Arsenal sentiasa bersepakat bahawa tiada kedudukan pemegang saham yang sepatutnya mengawal ke atas syarikat.

"Disebabkan itu saya tidak pernah melakukan sebarang tawaran dalam meningkatkan kepentingan saya lebih daripada 50%. Tetapi mungkin sesuatu telah berubah, ia mengejutkan saya."

Bagaimanapun, jutawan itu menambah bahawa dia berharap pengalaman Kroenke sebagai seorang pelabur dalam kelab-kelab sukan di Amerika akan membantu Arsenal.

Usmanov berkata: "Kami tahu Kroenke merupakanh seorang pelabur besar dalam jenama sukan. Kami berharap agar pengalaman sedemikian akan membantu Arsenal."

Dia juga memberi sokongannya untuk Arsene Wenger, yang kini telah mendapat kritikan kerana kelab tersebut kelihatan sekali lagi pada musim ini akan berakhir tanpa trofi..

Dia menambah: "Saya adalah peminat terbesar Arsene Wenger dan selagi dia mengetuai pasukan, saya pasti selagi itu Arsenal akan terus berjaya." 


(Sumber: http://www.goal.com/)