Wenger tekad padam kritikan atasi Blackpool

Sunday, April 10, 2011
Pengendali Arsenal anggap situasi hambar ketika ini boleh diatasi

LONDON: Arsene We­­nger mempertahan­­kan pencapaian Ar­­senal dan polisi pengurusannya menjelang perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Blackpool, hari ini.


Arsenal dikritik hebat minggu ini oleh Yayasan Penyokong yang berpengaruh berikutan keputusan seri 0-0 menentang Blackburn, yang hampir melenyapkan harapan mereka memintas Manchester United di atas persada liga.

Tetapi Wenger mendakwa kenyataan itu masih terlalu awal, kerana mereka masih terdapat peluang untuk memenangi liga.

Dan dia menuding kepada hujah bahawa sungguh pun mereka sudah melalui hampir enam musim tanpa trofi, pemain yang dimiliki dan asas kewangan kukuh menjadikan me­­reka sebagai kisah kejayaan.

“Kami memberikan usaha terbaik kami dan anda perlu menerima pendapat orang lain,” kata Wenger.

“Jika situasi kekal seperti itu, ia tidak terlalu dramatik. Pendapat orang adalah pendapat orang dan kami perlu menerimanya dalam permainan kami. Asalkan anda tempat kedua dalam liga, saya bersedia untuk menandatangani kontrak bagi 20 tahun dan berdiri bagi mempertahankannya.”

Sementara itu, ketua pasukan Arsenal, Cecs Fabregas sudah cergas tetapi Wenger akan mencanang cabaran pasukan tanpa Alex Song yang tercedera lutut manakala Teo Walcott dan Bacary Sagna bergelut mencari kecergasan.- AFP


(Sumber: http://www.bharian.com.my/)