Bekas pengarah Arsenal meninggal dunia

Wednesday, April 13, 2011

Arsenal telah mengumumkan pemergian pengarah Danny Fiszman, ketika berusia 66 tahun, selepas satu perjuangan yang panjang menentang penyakit yang dialaminya.


Dia menyertai lembaga kelab dalam tahun 1992 dan baru-baru ini mencapai persetujuan bersama Kroenke Sports Enterprises untuk jualan sahamnya. "Danny adalah seorang pengarah yang sangat bervisi, seorang lelaki yang berbudi dan peminat sebenar Arsenal," kata pengerusi Arsenal, Peter Hill-Wood, pada hari Rabu.

Kelab juga tidak menafikan usaha-usaha Fiszman dalam membantu kelab dalam langkah dari Highbury ke Stadium Emirates.

"Kita semua amat sedih akan kehilangan rakan yang disayangi, Danny. Suaranya, kebijaksanaan dan kehadirannya di dalam kelab bola sepak yang menjadi buah hatinya akan sangat-sangat dirindui," Hill Wood menambah. "Kelab bola sepak Arsenal akan terhutang budi kepada Danny kerana visinya yang tidak ternilai dan sumbangannya semasa melangkah dari Highbury ke stadium baru kita.

"Pada waktu ini kita amat memikirkan akan kesedihan isterinya Sally, keluarga dan rakan-rakan. Kami telah kehilangan seorang lelaki bergelar suami yang amat dikasihi, seorang bapa, datuk dan seorang kawan."



(Sumber: http://www.guardian.co.uk/)