Djourou and Szczesny hampir kembali ke Arsenal

Wednesday, April 13, 2011

Oleh: Andrew Slevison

Arsenal telah dirangsangkanoleh kembalinya kedua-dua pemain mereka Johan Djourou and Wojciech Szczesny.

Pemain pertahanan Sweeden, Djourou telah tidak beraksi selepas kecederaan bahunya dalam kekalahan Piala FA kepada Manchester United pada 12 Mac manakala penjaga gol Poland, Szczesny mengalami kecederaan jari dalam kekalahan dalam Liga Juara-juara pada Barcelona empat hari sebelum itu.

Kedua-dua pemain itu sekarang telah kembali berlatih dan berkemungkinan akan disenaraikan ke dalam skuad pada hari Ahad nanti dalam pertembungan di Stadium Emirates menentang Liverpool.

Kecergasan kedua-dua pemain itu dalam masa yang lebih singkat sangat dialu-alukan oleh pengurus pasukan the Gunners, Arsene Wenger kerana mereka masih mempunyai sedikit peluang untuk meneruskan perjuangan dalam Premiership dengan baki tujuh perlawanan. Mereka kini berada tujuh mata di belakang pendahulu liga, Manchester United. 


(Sumber: http://www.tribalfootball.com)