Bekas pemain tengah Arsenal Remi Garde adalah jurulatih baru

Wednesday, June 22, 2011
Bekas pemain tengah Arsenal Remi Garde adalah jurulatih baru pasukan daripada liga Perancis, Lyon.

Lelai berusia 45 tahun itu akan dinaikkan daripada seorang ketua dalam akademi remaja kelab untuk menggantikan Claude Puel, yang telah dipecat selepas tempoh masa 3 tahun yang mengecewakan kelab.

Lyon telah menjejaki separuh akhir Liga Juara-juara untuk kali pertama pada tahun 2010 tetapi masih belum memenangi sebarang trofi sejak Puel mengambil alihnya daripada Alain Perrin, yang telah membawa Lyon mendahulu di dan liga serta Piala Perancis pada tahun 2008.

Kenyataan dalam laman web rasmi kelab menyatakan: 'Pada hari Rabu, (akan ada) sebuah sidang akhbar bersama Jean-Michel Aulas dengan kehadiran Bernard Lacombe dan Remi Garde untuk perlantikan ketua dalam skuad utama.'

Garde memulakan kerjayanya bersama Lyon yang mana dia telah melakukan 145 kemunculan sebagai pemain tengah Les Gones' sebelum menyertai Strasbourg dan kemudiannya Arsenal.

Dia melakukan 43 kemunculan sebagai pemain tengah dan pemain pertahanan untuk skuad the Gunners dalam 3 tahun khidmatnya. Dia merupakan sebahagian daripada squad yang telah memenangi kejuaraan berganda dalam tahun 1998 sebelum bersara setahu kemudia.

Garde kembali ke Lyon pada tahun 2003 sebagai jurulatih dan telah membantu kelab dalam tujuh kejayaan gelaran liga.


(Sumber: http://www.metro.co.uk/)