Nicklas Bendtner harap tawaran Inter Milan

Sunday, June 19, 2011
Arsenal juga sedang menunggu tawaran untuk Nicklas Bendtner.


Oleh Aditya Ramadhan

Nicklas Bendtner, penyerang Arsenal, berharap dapat meneruskan kerjayanya di San Siro bersama Inter Milan.

"Saya bertekad meninggalkan Arsenal, tapi saya berkeinginan untuk berhijrah ke Inter Milan," ujar Bendtner kepada Daily Star.

Bendtner kecewa kerana tidak diberikan banyak peluang untuk bermain sepanjang musim lalu. Diaa yakin situasi akan lebih buruk lagi jika dia terus bertahan di Stadium Emirates.

Inter Milan dikhabarkan berminat untuk mendapatkan khidmatnya, namun hingga kini masih belum ada tindakan serius yang dilakukan oleh skuad Nerazzurri tersebut.

Sporting Lisbon, kelab di dalam Liga Portugal, juga berminat untuk mendapatkannya tetapi belum juga mengajukan sebarang tawaran secara rasmi. Dalam waktu yang sama, Bendtner sudah beriya-iya untuk melakukan perpindahan.

Arsene Wenger, jurulatih Arsenal juga sedang menunggu sebarang tawaran untuk Bendtner -- untuk memastikan pengeluaran pemain dapat dilakukan dengan segera..


(Sumber: http://www.goal.com/)