Real sedia bida Neymar

Sunday, June 19, 2011
GERGASI Sepanyol, Real Madrid dilaporkan bersedia mengeluarkan RM196 juta untuk membida penyerang Santos, Neymar.

Neymar, 19, mencetuskan fenomena baru dalam dunia bola sepak Brazil dan dikatakan bakal mengikut jejak langkah pemain legenda, Ronaldo.

Jurucakap Real berkata, jurulatih kelab itu Jose Mourinho hampir pasti memintas majikan lamanya iaitu Chelsea untuk mendapatkan tandatangan pemain tersebut.

“Mourinho sedia membayar harga yang diminta Santos, tapi pemilik The Blues, Roman Abramovich hanya bersetuju dengan harga RM147 juta.

“Abramovich berpendapat harga itu adalah sesuai bagi pemain yang baru berumur 19 tahun,” katanya.

Musim lepas, Neymar menolak lamaran Chelsea kerana mahu bermain bersama Santos. 


(Sumber: http://www.sinarharian.com.my/)