Neymar tidak ke Real Madrid

Friday, June 24, 2011

SAO PAULO: Pengerusi kelab Santos, Luis Alvaro de Oliveira Ribeiro, kelmarin menegaskan bintang muda kelab itu Neymar tidak akan menyertai Real Madrid - berlawanan dengan laporan harian sukan Sepanyol Marca.

“Ia adalah satu pembohongan dan tidak bertanggungjawab,” tegas Oliveira Ribeiro yang marah kerana laporan itu hadir ketika kelab itu sedang bersiap menghadapi pusingan kedua final Copa Libertadores menentang Penarol dari Uruguay.

Dia memberi mesej kepada kelab tersohor yang berminat mendapatkan khidmat pemain muda itu “kami tidak berminat untuk menjual bintang kami’. Dan dia menambah “ jika saya terpaksa memutuskan mengenai Neymar dan diikuti (seorang lagi bintang) Ganso, saya akan bersara dengan Santos.”

Marca melaporkan Real sudah mencapai persetujuan 45 juta euro (RM198 juta) untuk menandatangani Neymar dengan kontrak enam tahun yang juga diburu Chelsea.

“Terdapat perbezaan antara mahu seseorang dan sudah mendapatkannya,” kata Oliveira Ribeiro. - AFP 


(http://www.bharian.com.my/)