Santos juara Copa Libertadores

Friday, June 24, 2011

SAO PAULO: Kelab Brazil Santos memenangi Copa Libertadores buat pertama kali sejak era Pele apabila menundukkan Penarol 2-1 dalam final pusingan kedua kelmarin yang dicemari dengan pergaduhan pemain kedua-dua pasukan.

Santos menang 2-1 secara agregat selepas seri tanpa jaringan dalam pusingan pertama di Montevideo.

Neymar meletakkan Santos di depan pada minit ke-47 dan Danilo mengukuhkan kedudukan dengan jaringan kedua pada minit ke-69 sebelum jaringan sendiri pada minit ke-80 membolehkan Penarol kembali bersaing.

Pergaduhan mula tercetus sejurus perlawanan ketika Santos sedang meraikan kejayaan sebelum pemain Penarol dan kelab Brazil itu saling bertumbuk dan menyepak antara satu sama lain tetapi tidak ada pemain yang cedera selepas polis bergegas menyuraikan insiden itu. - AP


(http://www.bharian.com.my/)