Bidaan Arsenal terhadap Douglas Costa gagal

Monday, June 20, 2011
Bidaan wang tunai Arsenal beserta Denilson untuk pemain Brazil yang mempunyai nilai tinggi itu ditolak oleh pasukan juara Ukraine, menurut wakil pemain tersebut. Mereka lebih berminat untuk tawaran wang sahaja.



Oleh Simon Sinclair

Pendekatan Arsenal untuk mendapatkan Douglas Costa telah ditolak oleh Shakhtar Donetsk, menurut agen player tersebut.

Cesar Bottega menyatakan bahawa kelab Arsene Wenger tersebut telah membuat tawaran wang tunai bersama pemain tengah mereka, Denilson untuk pemain berbakat dari Brazil tersebut, namun tawaran demikian telah ditolak oleh kelab dari Ukraine itu yang hanya berminat untuk tawaran kewangan sahaja.

Bottega memberitahu calciomercato: "The Gunners menawarkan kelab Ukraine itu pemain bernama Denilson beserta wang tunai, tetapi Shakhtar tidak menyetujuinya kerana mereka tidak berminat kepada Denilson dan hanya mahukan wang sahaja."

The Gunners dipercayai berminat untuk mendapatkan pemain tengah tersebut sejak beberapa lama tetapi mereka bukan satu-satunya kelab Liga Perdana Inggeris yang melakukan tinjauan terhadap pemain berusia 20 tahun tersebut, Manchester United turut menyedari akan bakat beliau, namun masih belum melakukan apa-apa tawaran setakat ini.

Costa telah menghabiskan dua musim lepas dalam bermain untuk Liga Ukraine bersama Shaktar selepas berpindah ke sana pada Januari 2010 dari kelab Brazil, Gremio. Cara pergerakannya dan latar belakar yang sama sering di perbandingkan dengan bekas pemain dan bintang Barcelona, Ronaldinho.

Pemain yang berasal dari Brazil tersebut telah melakukan 40 kemunculan dalam khidmatnya selama 18 bulan di Shakhtar, menjaringkan 10 gol dalam membantu pasukan tersebut memenangi Liga Perdana Ukraine pada setiap musim semenjak dia tiba.


(Sumber: http://www.goal.com/)