Ex-Gunners berkata Wenger mesti kekalkan duo utama

Tuesday, June 14, 2011

Ray parlour berkata bahawa ia satu "bencana" jika Arsenal kehilangan kedua-dua pasangan pemainnya, Cesc Fabregas dan Samir Nasri pada musim panas ini.

Bekas pemain tengah skuad the Gunners itu berkata selepas pemain bintang tengah kelab dihubungkan dengan pemindahan dengan sejumlah wang besar jauh dari Stadium Emirates.

Fabregas telah lama diperkatakan untuk berpindah ke Barcelona, sementara Manchester United dilaporkan akan terus memantau Nasri, tetapi Parlour berkata bahawa dia lebih suka melihat mereka berdua meneruskan perjuangan masa hadapan mereka kepada kelab.

Dan dia menegaskan bahawa ia amat penting untuk Arsene Wenger tidak membenarkan kedua-dua pemain tersebut berpindah semasa jendela pertukaran musim panas ini.

"Ia akan menjadi satu bencana," beritahunya kepada Sky Sports news.

"Samir Nasri merupakan salah satu daripada pemain terbaik pada tahun lepas di Arsenal. Saya rasa dia telah benar-benar meningkat dan dia telah biasa di dalam Liga Perdana.

"Dia lebih gagah sebagai seorang pemain dan saya berfikir bahawa dia cemerlang pada musim lepas.

"Untuk kehilangan kedua-duanya, jika kedua-keduanya pergi, akan menjadi suatu bencana buat Arsenal, sudah tentu. Pasti tugas yang besar perlu dilakukan secara mendadak bagi pengurus dan kakitangan lainnya.

"Saya berharap agar Samir Nasri melihat Arsene Wenger, sebagai seorang yang telah membawa pada kerjayanya dan berkata: 'Saya amat menggemari untuk terus bekerja bersama pengurus, saya mahu tinggal setahun, dua tahun atau tiga tahun lagi'.

"Arsenal merupakan sebuah kelab yang besar, memang tidak diragukan lagi. Anda tentu telah melihat Dennis Bergkamp yang telah bersama kelab selama 11 tahun, dan Patrick Vieira selama sembilan tahun.

"Ia sebuah kelab yang istimewa dan saya berharap dia dapat melihatnya dan turs berada di situ untuk satu tempoh masa yang panjang."


Saingan

Juara Manchester United telah pun menandatangani £20juta terhadap pemain pertahanan Phil Jones dari Blackburn dan telah hampir untuk mengakhiri perjanjian bersama pemain sayap Aston Villa, Ashley Young.

Dan Parlour berkata bahawa untuk beberapa minggu akan datang merupakan satu tempoh yang baik untuk Arsenal jika mereka berkeinginan untuk menyaingi pasukan-pasukan besar pada musim akan datang.

"Ia merupakan satu musim panas yang besar buat mereka, selepas musim lepas memperlihatkan peminat-peminat mereka berasa sangat kecewa," katanya.

"Masih terdapat masa yang cukup panjang untuk mereka berada dalam pasaran perpindahan - mari kita bersama untuk tidak mengkritik mereka - dan semoga ada dana untuk dibelanjakan, yang kita tidak ketahui berkaitan dengannya.

"Arsene Wenger sangat memegang kata-katanya, dengan berkata: 'Dana ada tetapi kita mesti dapatkan pemain yang sesuai'.

"Saya berasa mereka perlu mendapatkan empat atau lima orang pemain jika mereka benar-benar ingin memberi cabaran kepada pasukan seperti Manchester United, yang telah pun terlibat dalam pasaran dan melakukan pembelian pemain-pemain; atau seperti Manchester City, yang akan memasuki pasaran; atau seperti Liverpool dan Chelsea.

"Ia pasti akan menjadi sangat menarik."


Luar Negeri

Dengan pemain Inggeris muda berbakat seperti Jones dan Jordan Henderson melakukan perpindahan dalam negeri dengan £20juta, mungkin sesuatu yang baik bagi Arsenal untuk mencari bakat yang mempunyai nilai yang tinggi dalam pengambilan di luar negara.

Dalam masa yang sama Parlour turut suka melihat lebih banyak pemain-pemain Inggeris dalam pasukan Arsenal, dia dapat memahami bahawa Wenger boleh mendapatkan pemain-pemain di tempat yang lebih lebih jauh.

"Saya sering ber bahawa kata Gary Cahill mampu menjadi satu perpindahan yang sempurna buat Arsenal," tambahnya.

"Ia bergantung kepada berapa banyak wang yang terlintas dalam fikirannya. Arsene Wenger sentiasa percaya kepada polisi dirinya sendiri yang mana dia boleh mendapatkan pemain yang serupa, yang mampu melakukan tugas dengan cara serupa, tetapi untuk tawaran harga yang kurang £5 juta murah dari pemain tersebut.

"Jadi ia akan menjadi sangatmenarik."


(Sumber: http://www.skysports.com/)