Clichy mahu angkat kaki

Friday, June 24, 2011

PEMAIN bek kiri Arsenal, Gael Clichy dilaporkan mahu meninggalkan kelab itu untuk menyertai Liverpool.

Clichy, 25, kini masih mempunyai baki kontrak selama setahun bersama The Gunners.

Sebelum ini, kelab Italy Inter Milan, AS Roma dan Juventus dilaporkan berminat mendapatkan khidmat pemain antarabangsa Perancis, itu.

Bagaimanapun, Clichy mahu meneruskan karier bola sepaknya di England dan memilih Liverpool sebagai destinasi terbarunya.

Pemain ejen itu memberitahu media bahawa Clichy berharap Arsenal dapat memulakan perbicangan dengan The Reds berhubung masa depannya.

Sebelum ini, jurulatih Liverpool Kenny Dalglish terdesak untuk mencari pemain bek kiri bagi memperkuatkan benteng pertahanannya.


(Sumber: http://www.sinarharian.com.my/)