Real Madrid hampir dapat khidmat Varane

Friday, June 24, 2011

PARIS: Pemain pertahanan Perancis dari pasukan divisyen dua, Lens, Raphael Varane semakin hampir menandatangani kontrak bersama kelab gergasi Sepanyol, Real Madrid, menurut presiden kelab, Gervais Martel, semalam.

Varane, 18, dianggap salah seorang pemain pertahanan muda yang berpotensi dalam bola sepak Perancis dikaitkan dengan perpindahan bernilai1 0 juta (RM48.5 juta) untuk bersama juara Liga Perdana Inggeris, Manchester United, bulan lalu.

Bagaimanapun, Martel memaklumkan kepada penyokong Lens bahawa Varane - beraksi 23 perlawanan dalam Ligue 1 musim ini yang menyaksikan kelabnya itu tersingkir - sudah bertemu jurulatih Real, Jose Mourinho dan perjanjian itu sudah diselesaikan.

“Biarpun Lens kekal dalam Ligue 1, Raphael Varane perlu pergi kerana dia seorang pemain luar biasa “Dia akan bermain untuk Real Madrid di bawah pimpinan Mourinho yang sudah ditemuinya hanya kerana Zinedine Zidane (penasihat kepada presiden Real).

“Varane budak biasa. Saya bangga kerana dia akan menyarung jersi Real.

“Real cuba mendapatkannya dua bulan lalu. Kedatangannya amat dialu-alukan oleh Real dan sudahpun melihat kemudahan yang disediakan mereka. Dia berkata kepada saya: 'Saya tidak boleh menolak peluang seperti ini!.” Martel memaklumkan, wang bukan alasan utama melepaskan Varane ke Real - walaupun tidak mendedahkan butiran yuran perpindahan.

“Saya melepaskannya demi kerjayanya. Dia akan bersama kelab yang mempunyai sokongan kuat. Saya yakin dia akan mendapat tempat di sana.” - AFP


(Sumber: http://www.hmetro.com.my/)