Samba mahu ke Arsenal

Sunday, June 19, 2011

KAPTEN Blackburn, Chris Samba dilaporkan sudah tawar hati untuk bersama kelab itu dan mahu mencari cabaran baru bersama kelab lain, musim depan.

Dikhabarkan, Samba mahu ke Arsenal namun ia terpulang sama ada The Gunners sedia mengemukakan tawaran kepada pemain tersebut atau sebaliknya.

Sebelum ini, Samba menjadi sasaran Arsene Wenger untuk memantapkan kubu pertahanan Arsenal.

Bagaimanapun, pemilik Blackburn Anuradha Desai mahu Samba kekal di Ewood Park.

“Kami perlukan Samba. Dia adalah pemain yang penting di kelab ini,” katanya.


(Sumber: http://www.sinarharian.com.my/)