Big Four kejar pemain bintang

Sunday, June 19, 2011

Luka Modrid, Wesley Sneijder dan David Villa jadi buruan EPL

BIARPUN musim baru Liga Perdana Inggeris (EPL) 2011/2012 belum bermula, namun beberapa kelab memulakan buruan mencari pemain bintang bagi memperkuatkan cabaran masing-masing.

Manchester United, Chelsea, Manchester City dan Arsenal dilaporkan bakal berbelanja besar bagi mengekalkan status Big Four yang dipegang mereka sepanjang musim lalu.

Pemain handalan seperti, Luka Modrid, Neymar da Silva, Wesley Sneijder, Jose Reina, Didier Drogba dan David Villa antaranya kini menjadi buruan kelab gergasi berkenaan.

Perlawanan pembukaan EPL hanya akan bermula pada 13 Ogos depan dengan menyaksikan penyandang juara, United bertandang ke The Hawthorns gelanggang keramat West Bromwich Albion dalam usaha merakam kemenangan liga buat kali ke-20 dalam sejarah liga paling elit bola sepak dunia. 


(Sumber: http://www.sinarharian.com.my/)