Saya akan gantikan tempat Cesc!

Monday, June 20, 2011
Bintang QPR (Queens Park Rangers) Taarabt mengatakan Arsenal dan Chelsea mahukannya

Adel Taarabt mengatakan bahawa dia boleh menyertai Arsenal sebagai gantian kepada tempat Cesc Fabregas, seandainya ketua pasukan the Gunners tersebut akan berpindah ke Barcelona musim panas ini.

Pemain tengah QPR tersebut menikmati musim yang menyinar dalam Liga Championship, memainkan peranan dalam membantu kelab Barat London tersebut menaiki Liga Perdana Inggeris untuk pertama kalinya sejak 15 tahun. Namun begitu, banyak berita mengatakan bahawa pemain tengah yang berasal dari Maghribi tersebut telah dikaitkan dengan perpindahan jauh dari Loftus Road.

 

Taarabt mengakui bahawa Arsenal dan Chelsea telah menghubunginya namun isu terbesar kelab - dengan skuad the Blues ketiadaan pengurus, dan isu Fabregas yang berterusan - telah membantutkan potenti perpindahannya.

Bekas pemain Tottenham, 22, mengalu-alukan perpindahan untuk salah satu kelab Liga Juara-juara namun menegaskan bahawa untuk membantu pasukan Neil Warnock dalam mengharungi tempat dalam barisan elit di Engaland juga sesuatu yang menarik.

Kata Taarabt: 'QPR akan meletakkan £10 juta untuk saya, dan pada waktu ini, kelab tidak banyak berganjak.


'Saya telah dihubungi oleh Arsenal dan Chelsea, ia ia masih berkeadaan sukar. Arsenal masih belum menjual [Cesc] Fabregas, dan Chelsea pula masih belum mempunyai jurulatih, jadi kita tunggu sahaja.'

Dalam temubual bersama L'Equipe, dia menambah: 'Saya gemar untuk terus tinggal di London - ia merupakan sebuah bandar yang terbaik di dunia, dan bersama Queens Park Rangers? Kenapa Tidak?



(Sumber: http://www.dailymail.co.uk/)