Materazzi tinggalkan Inter

Tuesday, June 21, 2011

Penglibatan Marco Materazzi bersama Internazionale telah berakhir dan perkara ini berlaku selepas Materazzi menamatkan kontraknya bersama skuad Nerazzurri itu.

Materazzi masih mempunyai baki kontrak setahun, malahan Inter turut bersiap sedia untuk melakukan perbincangan untuk memperpanjangkan kontraknya.

Namun, bekas pemain Perugia tersebut menolaknya dan memilih untuk mengakhiri kontraknya bersama Inter.

Keputusan tersebut telah diambil setelah melakukan perbincangan bersama Presiden Inter, Massimo Moratti, dan pada waktu ini Matrix, nama panggilan Materazzi telah menjadi pemain dengan status agen bebas.

Pemain veteran berusia 38 tahun tersebut menyertai Inter pada tahun 2001 dari Perugia dengan perpindahan sebanyak 10 juta Euro.

Selama 10 tahun berjuang untuk Inter, Materazzi berjaya mempersembahkan lima scudetto, lima trofi Coppa Itali, empat trofi Supercoppa Itali, satu gelaran Liga Champions dan Piala Dunia Antara Kelab.

Pemain pertahanan yang turut pernah memperkuatkan pasukan Everton ini turut menghasilkan 18 gol daripada 184 perlawanan.

Matrix juga menjadi pemain skuad kebangsaan Itali ketika memenangi Piala Dunia 2006.

Meskipun telah berusia, namun kemampuan Matrix ternyata belum pudar. Ini terbuktinya apabila beberapa kelab dari Liga Perdana Inggeris dan liga bolasepak Amerika (MLS) bersedia untuk khidmatnya.


(Sumber: http://www.bola.net/)