Bracelona telah menghubungi berkaitan Fabregas, kata Arsenal

Sunday, June 19, 2011
• Kami membincangkannya tapi belum ada tawaran, kata pengerusi Arsenal
• Peter Hill-Wood berkata Arsenal tidak mahu menjual kapten mereka


Barcelona kini dalam perbincangan untuk membawa balik Cesc Fábregas ke Spanyol pada musim panas ini, menurut pengerusi Arsenal, Peter Hill-Wood.

Juara Spanyol tersebut telah gagal dalam usaha mereka untuk menandatangani ketua pasukan Arsenal itu pada musim lepas apabila Arsène Wenger mahu terus mengekalkan pemain tersebut.

Namun kini mereka kembali ke meja rundingan dan telah berbincang mengenainya, kata Hill-Wood, namun masih belum meletakkan sebarang tawaran.

"Ya, mereka telah bercakap kepada kami mengenai Cesc," dia memberitahu the Sunday Mirror. "Mereka telah membincangkan tentangnya namun setakat ini mereka tidak meletakkan sebarang bidaan dan kami tidak mahu melepaskannya.

"Namun begitu dia berasal darpada Barcelona dan kita amat memahami jika dia mahu kembali ke sana. Walau bagaimanapun, mereka masih tidak meletakkan sebarang tawaran setakat ini."

Sandro Rosell, president Barcelona berkata bahawa sepatutnya tidak ada kenaikkan daripada apa yang ditawarkan pada tahun lepas dengan jumlah €40 juta (£35 juta).

Barça kini telah hampir untuk menandatangani Alexis Sánchez dari Udinese dengan jumlah perpindahan €28m manakala agen daripada penyerang Villareal, Giuseppe Rossi berkata kelab Catalan tersebut telah melakukan bidaan dengan jumlah €27 juta untuk mendapatkan pemain tersebut.



(Sumber: http://www.guardian.co.uk/)