Henry dikerah keluar dalam kebangkitan New York Red Bulls

Monday, June 20, 2011
Legenda Arsenal Thierry Henry telah dikerah untuk keluar padang dalam perlawanan dramatik New York Red Bulls berkesudahan seri 3-3  di Portland Timbers pada hari Ahad lepas.

Bekas penyerang Arsenal itu telah disingkirkan dari perlawanan pada masa kecederaan selepas cabaran lewat yang mana pasukannya telah ketinggalan dengan dua gol yang akhirnya berkesudahan dengan satu mata dan membawa mereka kembali berada di kedudukan teratas Major League Soccer (MLS).


Henry mencatat gol kelapannya musim ini pada minit ke-73 untuk membawa pasukannya kembali dalam persaingan, sebelum De Rosario dimasukkan dalam masa kecederaan untuk melengkapkan kebangkitan tersebut.

Jaringan Henry tersebut telah membawanya setaraf dengan Landon Donovan, LA galaxy dari segi bilangan jaringan gol terbanyak dalam MLS.

De Rosario kembali dalam barisan New York selepas pemain berasal dari Canada itu tersingkir dari dari Piala Gold dan serta-merta membuat kejutan, memberi umpanan kepada Austin Da Luz dari sayap kiri untuk gol pada minit kelima. Portland menyamakan kedudukan dengan rembatan Jack Jewsbury dari luar kotak pada minit ke-48.


Dua minit kemudian, the Timbers mendahului kedudukan melalui gol dari bekas pemain pertahanan Red Bulls, Kevin Goldthwaite.

The Timbers kemudian terus mendahului 3-1 jaringan gol sendiri oleh bekas pemain pertahanan the Timbers Stephen Keel pada minit ke-68. Henry berjaya merapatkan kedudukan dengan 3-2 pada pertengahan separuh masa kedua, sebelum De Rosario menyudahkan sepakan penalti yang dianugerahkan selepas kesalahan Rodney Wallace apabila bola terkena tangan. 

Keputusan: New York Red Bulls 3-3 Portland Timbers


(Sumber: http://www.dailymail.co.uk/)