Arsene Wenger akan temui sendiri Samir Nasri

Sunday, June 19, 2011
Arsene Wenger akan memujuk Samir Nasri agar kekal dengan bertemu secara langsung.


Oleh Tegar Paramartha

Jurulatih Arsenal yang berasal dari Prancis, Arsene Wenger belum mahu menyerah dari terus mempertahankan Samir Nasri.

The Sunday Mirror melaporkan bahawa Wenger akan terus melakukan apa yang terdaya untuk memastikan Nasri kekal berada di Emirates.

Nasri kini hanya mempunyai baki kontrak bersama Arsenal selama setahun dan jika dirinya tidak menyetujui untuk memanjangkan kontrak yang diajukan oleh Arsenal maka dia perlu dijual untuk memastikan dia tidak dilepaskan secara percuma pada jendela perpindahan musim panas akan datang.

Tetapi Wenger berniat untuk berbicara secara langsung dengan pemain pasukan kebangsaan Prancis tersebut minggu ini dan Wenger yakin dirinya dapat memujuk Nasri agar mahu untuk terus kekal bersama skuad the Gunners.


(Sumber: http://www.goal.com/)