Penpindahan: Gervinho, Hazard atau Oxlade-Chamberlain?

Tuesday, June 21, 2011

Selepas mengakhiri sebuah musim yang mempunyai keputusan jauh dari jangkaan, Arsenal meneruskan percubaan di dalam pasaran perpindahan manakala pemain bintang bahagian tengah mereka Cesc Fabregas dan Samir Nasri masih menjadi persoalan samada mereka akan berada dalam skuad pada musim hadapan.

Bekas pemain skuad the Gunners Ray Parlour kelihatan tidak mahu menyalakan lebih kontroversi selepas baru-baru ini dia menyatakan bahawa kehilangan kedua-dua pemain Fabregas dan Nasri bakal "menjadi malapetaka", ia menunjukkan bahawa di bahagian tengah Arsenal akan menjadi kucar-kacir dengan pemergian mereka.

Perbincangan tawaran untuk Nasri dan Fabregas merupakan bukan gangguan bagi Arsene Wenger, yang kini mempunyai dua tambahan penting yang cuba dilakukannya pada musim panas ini: seorang pemain tengah dan seorang penyerang.

Arsenal turut boleh mendapatkan pemain pertahanan kiri, yang mana status Gael Clichy masih samar, dan meningkatkan terhadap penjaga gol yang berkemungkinan sesuatu yang diperlukan untuk menjadikan perjalanan dalam Liga Perdana Barclays lebih serius.

Setakat ini Arsenal belum lagi menandatangani sebarang perjanjian besar untuk meningkatkan bahagian serangan, yang merupakan perkara terbesar yang perlu ditingkatkan. Laporan dari Shakhtar Donetsk telah menolak tawaran $35 juta untuk pemain sayap dari Brazil, Willian dan laporan daripada Barcelona untuk David Villa menyertai Arsenal kelihatan tidak mungkin.

Ada sumber yang melaporkan bahawa Wenger sedang merisik dua pemain kelab Lille, Gervinho dan Eden Hazard, Naum perbincangan ini telah berlarutan untuk beberapa minggu, dan beberapa kelab lain turut menunjukkan minat.

The Daily Mirror  telah menyatakan bahawa Gervinho boleh ditandatangani seawal minggu ini. Perpincangan mengenai Hazard pula seakan-akan telah menyepi dalam 10 terakhir ini.

Nama lain yang turut menjadi sebut-sebutan adalah pemain sayap berusia 17 tahun, Alex Oxlade-Chamberlain. The Daily Mirror telah membuatkan kemungkinan tersebut seolah-olah satu perjanjian yang sudah menjadi, dan bapa kepada Oxlade-Chamberlain telah melobi Arsenal untuk membuat perjanjian.

Dengan berfikir bahawa pemain Southamton yang mencetuskan fenomena tersebut boleh dikategorikan sebagai antara penyerang muda terbaik di dunia, kemunfkinan sedemikian tidak mampu untuk memberikan kesan segera kepada keseluruhan pasukan.

Arsenal perlu bangkit kembali daripada musim yang menduka citakan, dan tidak perlu terlalu taksub dengan skuad untuk dua atau tiga tahun akan datang.

Walau siapa pun penyerang Arsenal yang akan tiba, pemain tersebut harus berkebolehan untuk serasi dengan baik bersana Robin van Persie, seorang penyerang yang telah berakar umbi dengan kukuh di Emirates.

Nama David Dein pasti akan dipanggil semula jika Arsenal tidak memperoleh pemain yang betul untuk menjadi pilihan untuk memenangi gelaran Liga Perdana pada musim akan datang. Bekas penolong pengerusi Arsenal tersebut merupakan orang yang pernah bertindak sebagai arkitek dalam meyakinkan beberapa pemain berbakat di seluruh dunia untuk menyertai kelab.

Ketua pegawai Arsenal. Ivan Gazidis berjanji untuk melakukan perbelanjaan pada musim panas ini dalam pesaran perpindahan.

Gazidis sepatutnya harus berjanji kepada peminat setia Arsenal bahawa dia boleh memenuhi jangkaan yang telah diharapkan oleh Dein.

Kelab ini tidak memerlukan perkataan "malapetaka" untuk terus menyelubunginya.



(Sumber: http://www.ibtimes.com/)