Samir Nasri: Arsenal akan akhiri kemarau trofi musim depan

Monday, June 20, 2011

Oleh: Matyn Stinson

Pemain tengah berinspirasi Arsenal, Samir Nasri, percaya bahawa the Gunners akan dapat menamatkan enam tahun kemarau trofi mereka pada musim akan datang dan kecewa dengan kegagalan pasukannya dalam empat pertandingan berbeza: UEFA Champions League, Barclays Liga Perdana, Piala FA dan Piala Carling.

Nasri berkata, “Sebagai satu pasukan, kami semua sedar tentang apa yang kami perlu lakukan untuk memenangi sesebuah trofi. Kami mempunyai segala-galanya untuk menjadi juara, tetapi jika anda lihat apa yang berlaku, setiap kali kami bermain untuk berada di atas liga, kami tidak mencapainya.”

Pemain-pemain Arsene Wenger telah hampir untuk menamatkan kemarau trofi enam tahun mereka apabila mereka memasuki peringkat akhir Piala Carling, yang mana mereka menentang pasukan umpanan dalam Liga Perdana Inggeris, Birmingham City. Bagaimanapun, pasukan muda Arsenal gagal untuk berdepan dengan cabaran dan kesilapan pemain pertahanan serta penjaga gol telah memaksa Arsenal untuk membayar harga yang terlalu mahal, dan skuad the Gunners kerugian peluang keemasan untuk mendapatkan sebarang gelaran.

Sejak kekalahan dalam Piala Carling, skuad the Gunners gagal untuk memulihkan diri mereka dan telah tersingkir dalam semua kejohanan lain selepas itu; Arsenal telah disingkirkan oleh Barcelona dalam Liga Juara-juara UEFA, sementara itu Manchester United menamatkan harapan Piala FA mereka.
Keputusan-keputusan yang dingin dalam beberapa siri perlawanan terakhir mereka dalam Liga Perdana Barclays telah membawa mereka hanya mengutip 12 mata dalam 11 perlawanan liga, dan the Gunners akhirnya menamatkan musim mereka di tempat ke-4 liga.


Arsenal telah mendapat pujian kerana bermain dalam persembahan bola sepak bergaya dan menarik dalam Liga Perdana Barclays. Bagaimanapun, jenama permainan bolasepak menarik the Gunners turut datang dengan kecaman kerana kegagalan mereka memenangi sebarang piala. Nasri menyatakan bahawa Arsenal mempunyai skuad yang paling berbakat pada musim lepas di England dan merasakan bahawa kualiti skuad Arsene Wenger yang ada jauh lebih baik daripada pemenang Liga Perdana Barclays, Manchester United.

Pemain dari Perancis itu menegaskan, “Dalam soal bakat, saya rasa kami mempunyai skuad terbaik dalam keseluruhan liga. Kami bermain bolasepak terbaik. Kami juga adalah pasukan terbaik, sekalipun Manchester United mempunyai sebuah musim yang baik juga.”

Nasri mahu Arsene Wenger berbelanja besar dalam pasaran perpindahan untuk membeli pemain-pemain terkemuka untuk meningkat keupayaan dan kualiti skuad Arsenal masa kini. Pemain tengah berusia 23 tahun itu percaya bahawa tambahan bakat baru bagi pasukan the Gunners kini akan dapat membantu mereka untuk memenangi trofi-trofi akan datang di musim 2011/12.

“Jika bos menambah beberapa pemain handalan, saya amat yakin sebuah trofi akan dimenangi,” tambah pemain Perancis tersebut.

Arsenal telah pun memulakan kempen perpindahan mereka dengan menandatangani pemain pertahanan muda mempunyai rating tinggi, Carls Jenkinson, dengan jumlah €1 juta dari Charlton Athletic. Tambahan pula, the Gunners telah dikaitkan dengan beberapa pemain-pemain pertahanan handalan dalam Liga Perdana. Ketua pasukan Blackburn Rovers, Christopher Samba, dan pemain Bolton Wanderers' pemain tengah berating tinggi, Gary Cahill, adalah sasaran-sasaran terbesar perpindahan musim panas Arsene Wenger.


(Sumber: http://blogs.bettor.com/)