Abramovich pecah rekod

Tuesday, June 21, 2011

PEMILIK Chelsea, Roman Abramovich bakal mencipta rekod dunia apabila bersedia membayar sejumlah RM65.2 juta untuk menjadikan pengurus Porto FC Andre Villas-Boas (gambar) pengurus baru The Blues.

Malah, Chelsea dikatakan sanggup mengeluarkan RM130 juta untuk membeli penyerang Porto, Radamel Falcao.

Pertahanan Porto, Alvaro Perrira mengesahkan perkara itu dan mendedahkan pengurusnya akan berhijrah ke kelab Utara London itu.

“Memang benar Villas-Boas ke Chelsea. Kami harus berterima kasih kepada beliau untuk semua kerja kerasnya dan trofi yang kami menangi bersama,” katanya.

Sebelum ini, Villas-Boas berjaya menghadirkan empat trofi dalam satu musim iaitu Liga Eropah, Liga Portugis, Piala Portugis dan Piala Super.

Manakala, Falcao yang masih mempunyai dua tahun kontrak bersama Dragons menjaringkan 17 gol di Eropah termasuk memenangi aksi akhir menentang Braga.

Menurut agennya, Claudio Mossi adalah perkara biasa apabila seorang pengurus berpindah dan pemain paling rapat dengannya akan turut berpindah ke kelab sama.


(Sumber: http://www.sinarharian.com.my/)