Wenger bakal memegang £60 juta bajet perpindahan

Sunday, June 19, 2011
Jurulatih dari Perancis tersebut dilaporkan bakal mempunyai banyak perbelanjaan untuk pemain pada musim panas ini, dengan the Gunners bersedia untuk mengumumkan bahawa mereka telah menjual beberapa hartanah di Queensland Road 


Bajet perpindahan Arsene Wenger telah dilaporkan membesarkan sebanyak £60 juta, dengan Arsenal dipercayai telah menguruskan perjanjian hartanah yang akan memperlihatkan jurulatih dari Perancis itu bakal menerima hasil dari keuntungan kewangan yang besar.

Menurut The News World, the Gunners bersedia untuk mengumumkan jualan beberapa hartanah di Queensland Road kepada Barratt Homes, dalam satu perjanjian yang dijangka akan menghasilkan jumlah dalam lingkungan £25 juta untuk kelab.

Ia juga telah dilaporkan yang bekas bos Monaco itu telah pun mempunyai nilai dana £35m dalam simpanan pemindahannya, dan ia menjadikan hasil kedua-duanya kuasa perbelanjaan tersebut kepada £60 juta.

Cesc Fabregas dan Samir Nasri telah dikaitkan dengan perpindahan keluar dari kelab Utara London tersebut, tetapi mengikut ramalan pengurus mampu memujuk kedua-dua permain tersebut untuk terus kekal dengan membawa masuk bakat baru untuk memburu kejayaan.

Arsenal telah melalui enam musim tanpa trofi, semenjak melakukan perbelanjaan dari halaman bersejarah mereka di Highbury dan pembinaan Stadium Emirates yang berkapasiti 60,000 penonton, dalam masa yang masa mengekalkan kedudukan mereka di tempat 4 pasukan teratas dan terus bersaing dalam Liga Juara-juara.

Bagaimana pun peminat-peminat Arsenal menharapkan kejayaan yang lebih besar di atas padang - terutama kejayaan merangkul trofi dan gelaran - yang mana sikap berjimat-cermat Arsene Wenger sebelum ini dalam urusan perbelanjaan pemain telah menerima pelbagai kritikan..


(Sumber: http://www.goal.com/)