'Arsenal Supporters Trust' menyambut bidaan pengambilalihan Stan Kroenke: Dia memahami tradisi kelab

Monday, April 11, 2011
Penduduk asal Missouri ini telah membuat tawaran untuk membeli saham kelab setelah meningkatkannya kepada 62.89 peratus, selepas empat tahun melakukan pelaburan pertamanya 


Oleh Ryan Benson

Berikutan berita tentang jutawan Amerika Stan Kroenke yang meningkatkan sahamnya di Arsenal kepada hampir 63 peratus dan membuat satu tawaran untuk saham lainnya dalam kelab, peminat-peminat the Gunners menyambut positif mengenainya dan percaya ia haluan terbaik untuk kelab.


Hartawan kelahiran Missouri ini memiliki 29.9% saham sebelum hari Selasa lepas, dan selepas membeli tambahan sebanyak 32%, dia terpaksa membuat satu tawaran mandatori untuk bahagian yang lain dalam kelab, dengan tawaran Kroenke dalam Liga Perdana bernilai £731 juta (£11,500 setiap saham).

Saham pembeliannya itu telah menjadikannya tulang belakang terbesar yang pernah dimiliki oleh  beberapa pengarah lain termasuk Danny Fiszman – seorang peniaga berlian – serta Lady Nina Bracewell-Smith.

Walaupun pemilik Amerika ini telah mendapat reaksi bertentangan daripada peyokong-penyokong sejak tahun-tahun kebelakangan ini, Steven Powell dari 'Arsenal Supporters Trust' percaya pengambilalihan Kroenke merupakan satu petanda yang baik, selepas menyatakan bagaimana penghormatan beliau kepada kelab.

Bercakap kepada Sky Sports News, Powell berkata: “Secara keseluruhannya kami positif dengan keadaan ini. Stan Kroenke telah berada di sini sejak sekian lama [dan] saya rasa dia memahami sejarah dan tradisi-tradisi kelab ini; salah satu daripadanya, sudah tentu adalah sikap inovasinya di dalam dan luar padang.

“Jika anda lihat semula kepada sejarah bola sepak di mana-mana saja di dunia ini, ia menunjukkan kepada anda [yang] ada kesinambungan dalam cara kerja, tatacara kerja pembangunan para pemain anda sendiri  dan cara kerja dalam pembelian strategik pemain-pemain.

“Itu adalah sebahagian daripada apa yang kami fikir telah menjayakan Arsenal dan akan terus menjayakannya pada masa akan datang.”

Kroenke kini dijangka akan melakukan perbincangan terbuka bersama Alisher Usmanov yang kini merupakan satu-satunya pemegang saham utama yang lain yang memiliki 27% daripada kelab. 


(Sumber http://www.goal.com/)

1 Komen:

  1. zizie said...:

    bagus la cam tu.,tak payah lagi wenger yg pegang kewangan lagi..,,,,boleh belanja pemain lepas nih..