15 perpindahan terbesar bintang bolasepak sepanjang masa

Tuesday, June 21, 2011
Oleh Joe Tansey

Dengan musim pemindahan yang sedang hangat dan lebih banyak wang perbelanjaan dikeluarkan dari biasa dan bintang-bintang terkemuka bertukar dari kelab besar ke satu kelab besar yang lain telah menjadi satu kebiasaannya, tiba masanya untuk mengenang kembali perpindahan15 bintang besar yang terkenal sepanjang masa.

Dari Cristiano Ronaldo ke Ronaldo, dari David Beckham ke Zinedine Zidane dan beberapa lagi yang lain, di sini kita tampilkan perpindahan 15 bintang bolasepak terkenal sepanjang masa. 



1. Cristiano Ronaldo, Manchester United ke Real Madrid

MADRID, SPAIN - MAY 21:  Cristiano Ronaldo of Real Madrid celebrates after scoring his 2nd goal during the La Liga match between Real Madrid and UD Almeria at Estadio Santiago Bernabeu on May 21, 2011 in Madrid, Spain.  (Photo by Denis Doyle/Getty Images)
Cristiano Ronaldo telah lama dikhabarkan untuk meninggalkan Manchester United, dan semasa musim panas 2009, khabar angin tersebut telah menjadi kebenaran.

Pemain sayap Portugal telah menyertai era Galacticos baru di Bernabeu dengan berhijrah Madrid untuk satu rekod perpindahan sebanyak £80 juta.

Bayaran terbesar dalam sejarah kelab Eropah itu telah menjadi lebih berbaloi selepas Ronaldo memperoleh 54 jaringan dalam semua persaingan pada musim ini.


2. Robinho, Real Madrid ke Manchester City

Robinho_display_image
Perpindahan tersebut berlaku di Eastlands pada 1 September 2008, pada hari terakhir jendela perpindahan apabila pemilik baru Manchester City menabur jumlah wang yang besar dalam menandatangani pemain Brazil dari Real Madrid untuk £32.5 juta.

Perpindahan tersebut gagal dalam memperoleh matlamat mereka apabila pemain tersebut ditimpa oleh pelbagai kecederaan serta jumlah pemain-pemain besar yang di bawa masuk ke Eastlands.

Robinho akhirnya meneruskan kerjayanya di AC Milan pada musim panas lepas.


3. Carlos Tevez, Manchester United ke Manchester City

MANCHESTER, ENGLAND - MAY 17:  Carlos Tevez of Manchester City celebrates after scoring the first goal during the Barclays Premier League match between Manchester City and Stoke City at City of Manchester Stadium on May 17, 2011 in Manchester, England.  (
Satu perpindahan yang menguntungkan Manchester City adalah seorang pemain penyerang Argentina yang berpindah daripada musuh setempat mereka sendiri, Manchester United.

Carlos Tevez meninggalkan United kerana beliau mendakwa bahawa dia tidak diberi secukupnya masa untuk berada dalam pasukan utama Sir Alex Ferguson.

Tevez telah mendapat peluang untuk berada dalam pasukan utama City di bawah Mark Hughes dan Roberto Mancini dengan memperoleh 43 gol dalam 65 kemunculan untuk kelab Eastlands tersebut.


4. Luis Figo, Barcelona ke Real Madrid

MADRID, SPAIN - JUNE 05: Luis Figo of Real Madrid greets before of the Corazon Classic Match between Allstars Real Madrid and Allstars Bayern Muenchen at Estadio Santiago Bernabeu on June 5, 2011 in Madrid, Spain. (Photo by Angel Martinez/Getty Images)
Luis Figo melakukan perpindahan yang tidak disangka-sangka pada tahun 2000 apabila dia beralih dari Nou Camp ke Bernabeu sebagai pemain pertama yang menandatangani era Galacticos di bawah presiden Madrid Florentino Perez.

Pemain tengah Portugis menempuhi lima musim di Madrid dengan memenangi dua gelaran La Liga dan gelaran Liga Juara-juara UEFA pada musim 2001-02.

Figo meneruskan kerjayanya dari Bernabeu ke sebuah lagi pasukan bersejarah, Inter Milan, pada tahun 2005 dan bersara pada 2009 selepas kerjaya 20 tahun dalam dunia bolasepak.


5. Ronaldo, Inter Milan ke Real Madrid

Ronaldo_display_image
Legenda Brazil menyertai era Galacticos pertama di Bernabeu pada awal musim 2002-03 dari Inter.

Sebelum masalah kecederaan yang sering berulang dan isu-isu berat yang melanda di akhir kerjayanya bersama Madrid, Ronaldo memperoleh 83 jaringan gol dalam 127 kemunculan dan memenangi dua gelaran La Liga.

Selepas meninggalkan Bernabeu, Ronaldo kembali semula ke Milan, tetapi kali ini dengan AC Milan sebelum menghabiskan tahun-tahun terakhir kerjayanya di Corinthians di Brazil sebelum bersara pada Februari.


6. Zinedine Zidane, Juventus ke Real Madrid

MADRID, SPAIN - JUNE 05:  Zinedine Zidane of Real Madrid waves before of the Corazon Classic Match between Allstars Real Madrid and Allstars Bayern Muenchen at Estadio Santiago Bernabeu on June 5, 2011 in Madrid, Spain.  (Photo by Angel Martinez/Getty Ima
Sebelum dikenali kerana tandukannya terhadap Marco Materazzi pada tahun 2006 dalam peringkat akhir Piala Dunia, Zidane sangat dikenali sebagai salah seorang pemain terbaik di dunia.

Pada tahun 2001, Madrid sekali lagi memecahkan rekod bayaran perpindahan dunia, dan kali ini dengan jumlah £48 juta untuk pemain Perancis tersebut.

Zidane menghabiskan lima musim terakhir dalam kerjaya bolasepaknya di Madrid semasa era pertama Galacticos sebelum bersara selepas Piala Dunia 2006.

Pencapaian-pencapaian kerjaya Zizou termasuk kejayaan merangkul Piala Dunia 1998 bersama Perancis dan memenangi Ballon d'Or dalam tahun yang sama serta dinobatkan tiga kali sebagai FIFA World Player of the Year.


7. Gianluigi Buffon, Parma ke Juventus

FLORENCE, ITALY - APRIL 17:  Goalkeeper Gianluigi Buffon of Juventus FC signals during the Serie A match between ACF Fiorentina and Juventus FC at Stadio Artemio Franchi on April 17, 2011 in Florence, Italy.  (Photo by Claudio Villa/Getty Images)
Buffon merupakan salah seorang daripada penjaga gawang yang paling konsisten di dunia dan telah bersama kelab Turin dalam melalui zaman jatuh dan bangunnya.

Sejak menyertai Bianconeri pada tahun 2001, Buffon telah membuat 290 kemunculan untuk kelab dalam Serie A and Serie B selama setahun selepas diturunkan divisyen disebabkan oleh skandal Calciopoli di Itali.

Buffon juga telah memenangi Piala Dunia bersama Itali pada tahun 2006 dan ketika berusia 33 tahun, dia sentiasa dikaitkan dengan kelab-kelab besar di Eropah termasuk Arsenal, terutama semenjak Juventus tidak lagi menjadi pasukan yang cemerlang seperti pada masa lalu.

Para peminat harus memberi kredit kepada kesetiaan yang telah ditunjukkan oleh penjaga gol ini kerana dia telah mengetepikan semua spekulasi sepanjang kerjayanya.

8 & 9. Zlatan Ibrahimovic/Samuel Eto'o, pertukaran penyerang Barcelona dan Inter 

Semasa kebangkitan Galactico berlaku di Real Madrid, salah satu daripada perpindahan terbesar pada musim panas 2009 berlaku apabila Barcelona dan Inter Milan memutuskan untuk bertukar penjaring gol terbanyak mereka.

Samuel Eto'o beralih dari Barcelona ke Inter untuk Zlatan Ibrahimovic dalam satu penukaran yang membuktikan bahawa ia perjanjian terbaik bagi sebuah pasukan manakala satu pemindahan setahun kemudian untuk pasukan yang satu lagi..

Eto'o telah menikmati masanya di Inter selepas memenangi Serie A dan Liga Juara-juara UEFA di bawah bimbingan Jose Mourinho pada musim pertamanya di San Siro.

Ibrahimovic menghabiskan hanya satu musim dalam barisan Barca sebelum dipinjamakan ke AC Milan dan akhirnya menandatangani perjanjian ke sana.


10. Johan Cruyff, Ajax ke Barcelona

Cruyff_display_image
Selepas menghabiskan masa selama sembilan tahun di Amsterdam bersama Ajax, pemain yang digelar the European Player of the Century ini menandatangani perjanjian bersama Barcelona pada tahun 1973.

Pemain Belanda ini membantu Barca dalam memenangi gelaran La Liga pada musim pertamanya dan menerajui kemenangan dalam piala ketika menguruskan kelab tersebut sejak tahun 1988 sehingga 1996, membantu kelab Catalans memenangi empat kali gelaran La Liga dan Piala Eropahpada 1992.


11. David Beckham, Real Madrid ke LA Galaxy

CARSON, CA - JUNE 03:  David Beckham #23 of the Los Angeles Galaxy in action during the MLS match against D.C. United at The Home Depot Center on June 3, 2011 in Carson, California. United and the Galaxy played to a 0-0 draw.  (Photo by Victor Decolongon/
Dalam sebuah langkah perpindahan yang memperkenalkan satu dimensi baru secara keseluruhannya kepada Major League Soccer (MLS), David Beckham telah dibawa masuk dari Bernabeu pada tahun 2007.

Dengan pengenalan Beckham sebagai seorang pemain perintis, ia telah membenarkan kelab-kelab MLS untuk menandatangani bintang-bintang antarabangsa lain seperti Theirry Henry, Rafa Marquez, Nery Castillo, Fredrik Ljungberg dan Cuauhtemoc Blanco.

Beckham telah dikatakan akan meninggalkan Galaxy sejak satu atau dua tahun yang lepas dengan dua kali dipinjamkan ke AC Milan serta dengan tawaran dari Tottenham pada Januari lepas, tetapi pemain dari Inggeris tersebut mahu kekal bersama Los Angeles buat masa ini.


12. Thierry Henry, Arsenal ke Barcelona

Henry_display_image
Selepas lapan tahun berada di London bersama Arsenal, Henry mengalihkan perhatiannya ke Nou Camp pada tahun 2007 untuk menyertai Barcelona.

Pemain Perancis tersebut telah mencatatkan 174 bilangan gol untuk Arsenal dan melakukan 35 gol untuk Barca dalam tiga musimnya di sana sebelum membuat perpindahan ke New York Red Bulls pada musim panas lepas.
Pencapaian Henry di Eropah termasuk gelaran Liga Juara-juara UEFA bersama Barcelona dan empat gelaran liga, yang diperolehinya semasa menyertai Arsenal dan Barca.


13. Fernando Torres, Liverpool ke Chelsea

LONDON, ENGLAND - MAY 15:  Fernando Torres of Chelsea in action during the Barclays Premier League match between Chelsea and Newcastle United at Stamford Bridge on May 15, 2011 in London, England.  (Photo by Michael Regan/Getty Images)
El Nino telah melanda ke Liverpool untuk tiga tahun setengah dan telah menyertai pasukan kebangsaan Sepanyol sejak 2003, tetapi perubahan yang berlaku dalam pemilikan dan pengurusan di Anfield pada Oktober lepas telah meletakkan kerjaya pemain Sapnyol tersebut di Merseyside dalam bahaya.

Penghijrahan Fernando Torres ke Stamford Bridge membuka ruang kepada Luis Suarez dan Andy Carroll untuk mengisi posisi bahagian serangan hadapan di Anfield.

Selepas membuat perpindahan tersebut pada Januari, Torres hanya mencatat satu-satunya gol untuk the Blues ketika mereka melonjak sebentar dalam pengejaran gelaran Liga Perdana.


14. Eric Cantona, Leeds United ke Manchester United

Cantona_display_image
Siapakah yang dapat menjangka pada 1992 semasa Manchester United menandatangani Cantona dari Leeds, dia akan menjadi di legenda di Old Trafford?

Cantona, yang telah menghabiskan masa di tujuh kelab lain sepanjang sembilan tahunn kerjayanya, telah menghasilkan kerjaya yang baik selama lima tahun dalam penglibatannya di bawah Sir Alex Ferguson di United.

Enam puluh empat jaringan gol dalam 144 penampilan liga dari lelaki Perancis itu membuatkan jersi No. 7 di United amat sukar untuk diganti disebabkan oleh persembahannya dan dia telah mencapai kemenangan empat gelaran Liga Perdana dan dua Piala FA.

Cantona sekarang adalah Pengarah Bolasepak di kelab New York Cosmos, yang cuba memasuki Major League Soccer.


15. Alan Shearer, Blackburn Rovers ke Newcastle United

Shearer_display_image
Alan Shearer merupakan penjaring gol terbanyak dalam Liga Perdana, dan dia membantu Rovers memenangi gelaran Liga Perdana pada musim 1994-95 dan mencatat 112 jumlah gol dalam 138 penampilan liga.

Namun begitu Shearer meneruskan legasinya semasa berada di New Castle United.

Dia memecahkan sebuah rekod pada masa itu, £15 juta telah dibelanjakan oleh Newcastle untuk mendapat khidmat untuk lelaki Inggeris tersebut, dan untuk dekad seterusnya, Shearer tidak menghampakan.

Shearer mencatat 206 gol dalam semua kejohanan, 148 gol dalam Liga Perdana untuk skuad Magpies dan seterunya mengurus pasukan tersebut dalam lapan perlawanan terakhir untuk musim 2008-09 apabila kelab tersebut diturunkan divisyen ke Championship.


(Sumber: http://bleacherreport.com/)



1 Komen:

  1. real dan city...yg paling top..