Semua stadium tiada piawaian

Tuesday, June 14, 2011
 
Oleh KHAIRI MOHAMAD

SEMUA stadium bola sepak di negara ini kecuali Stadium Nasional, Bukit Jalil dan Stadium Shah Alam masih belum sesuai diguna- kan sebagai venue perlawanan pada peringkat antarabangsa.

Ini kerana ia tidak mematuhi piawaian yang telah ditetapkan oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Azzuddin Ahmad berkata, semua persa- tuan bola sepak negeri perlu menjalinkan kerjasama dengan kerajaan negeri masing-masing bagi usaha menaiktarafkan stadium.

Menurutnya, FAM bersedia menimbang permohonan persatuan bola sepak negeri untuk melangsungkan perlawanan peringkat antarabangsa di negeri mereka sekiranya stadium yang ada diselenggara dengan baik dan dinaik taraf.

"Kecuali dua stadium itu, yang lain masih tidak menepati piawaian FIFA dan AFC untuk diadakan perla- wanan pada peringkat anta- rabangsa dan disebabkan itu, FAM merasakan perlu- nya persatuan negeri dengan kerjasama kerajaan negeri untuk menaik taraf stadium yang ada.

"Seperti di Stadium Sul- tan Muhammed IV, Kota Bharu, apabila stadium ini telah dinaik taraf untuk diadakan perlawanan persahabatan peringkat antarabangsa, FAM akan membuat pemantauan dan ia suatu perkembangan yang baik," kata Azzuddin selepas mesyuarat penyelarasan perlawanan persahabatan Malaysia menentang Myanmar di Majlis Sukan Negeri Kelantan di Kota Bharu semalam.

Pada majlis tersebut, Az- zuddin turut menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) yang menjadi tuan rumah pada perlawanan persahabatan itu.

KAFA pula diwakili oleh Timbalan Presidennya, Datuk Afandi Hamzah.

Jelas Azzuddin, perlawanan antarabangsa yang dijadualkan berlangsung di stadium negeri juga dapat membantu mempercepatkan usaha menaik taraf stadium dan prasarana lain mengikut keperluan piawai- an.

"Ini adalah perlawanan persahabatan antarabangsa pertama yang diadakan diluar Lembah Klang. Ia seba- gai tanda penghormatan kepada KAFA sebagai tuan rumah selain membuka peluang penyokong skuad negara di Pantai Timur menontonnya," ujarnya.

Sementara itu, Afandi berkata, semua kerja-kerja pengubahsuaian dan menaik taraf stadium sudah berada di peringkat akhir.

"Kerja-kerja seperti naik taraf padang, lampu limpah, bilik persalinan pemain dan pemasangan jam digital akan siap sepenuhnya sedi- kit masa lagi bagi membolehkan perlawanan persahabatan itu diadakan dengan jayanya," jelasnya.

Perlawanan persahabatan antara Malaysia dan Myanmar akan dilangsungkan di Stadium Sultan Muhammed IV, Sabtu ini dan semua tiket berharga RM15 bagi tempat duduk terbuka, astaka (RM50), astaka dua (RM20) dan RM5 bagi kanak-kanak telah mula dijual di kaunter tiket stadium.


(Sumber: http://www.kosmo.com.my/)